Wednesday, June 19, 2019

Salam Aidilfitri 2016..Citer kami beraya..Syawal Pertama

Salam semua..

Salam Aidilfitri..Minaaidil wa faizzin..Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah tahun ni puas hati dapat cuti beraya selama sepuluh hari..Balik kampung 2hb Julai 2016, datang sini balik 11hb Julai 2016..seronoknya dapat berpuasa dan berbuka puasa dengan Mok Ayoh..Jom tengok aktiviti anak-anak kat kampung..selain selalu duk merungut banyak nyamuk kat kampung,diorang sangat lah enjoy dapat balik kampung..tapi suruh duduk ngan Tokki dan Tok kat kampung..takdenyer diorang hendak..sian Tokki nak kawan..Ooo duk kampung taknak..Tokki ngan Tok bagi hadiah subang nak..Hadiah raya daripada Tokki dan Tok untuk Kakak dan Adik.. Mama dia pun dapat jugak tau..Hehehe macam terbalik pulak bila Mak Ayah yang tak bekerja bagi hadiah kat anak yang bekerja..Aiyookk tapi itulah namanya rezeki..Alhamdulillah..


Nak dapat pakaikan subang kat telinga bebudak ni punya lah payah..bercucuran air mata dua beradik ni..sakit sangat ke? Mungkin sebab lepas bertindik, aku takde sapu apa-apa minyak kat telinga diorang..tak kisah lah minyak gamat ke, minyak zaitun ke..tu yang macam payah sket nak bukak subang bertindik yang RM10.00 tu..

Ceewahh nampak tak kat situ, Tokki sporting giler layan cucu-cucu main basikal.. siap bonceng diorang lagi.. zaman aku dulu jangan ler harap..bulan puasa je tak berani nak wat ayah marah sebab dah tau dah silap sikit mesti ayah jadi baran..tapi baran dengan aku tak penah lah..ayah marah mak jer..untungkan jadi anak tunggal..
Aktiviti wajib malam raya.. pasang lilin warna warni lepas tu main bunga api..Zaman aku kecik pon macam tu.. lilin warna warni tu kira kena ada..malam raya dengan malam tujuh likur..Tapi seksi nau Adik..main bunga api tak pakai seluar..nasib tak kena percikan bunga api kat kaki..





Habis lilin Tokki diorang perabihkan..itu pon dah tak sabar-sabar nak main bunga api..tak ditunggunya Tokki balik bayar zakat fitrah kat surau..mula-mula nak tunggu..bila dah lama sangat menunggu, dua beradik ni pakat main jer..sampai habis pulak tu bunga api..pastu nak lagi..mana nak carik malam raya bunga api..itu pon dapat carik kat pasar borong masa pergi cari bahan-bahan masakan untuk dihidangkan di pagi Syawal...Pas main tu diorang datang tolong menyibuk kat dapur pulak..tolong lap pinggan, gelas dan bekas kuih raya pulak..Alhamdulillah ok jugak lah diorang datang menolong.. Tapi nak isi kuih raya tak boleh pulak sebab kuih raya tak sampai lagi..Runsing jugak sebab sebelum balik Ganu hari tu Mok dah pesan tak payah beli kuih raya sebab Mok dah order dengan anak saudara dia..Memang tiap-tiap tahun macam tu..tapi biasanya petang sehari sebelum raya dah sampai..atau kalu lewat pon malam raya pas Maghrib..Ni sampai pukul 11 malam pon tak hantar lagi plus pulak malam raya tu ribut, guruh, hujan segala..So risau jugak lah takut takde kuih raya di hari raya..kalu ada pon hari tu aku ada beli popia simpul 7balang..takkan 5balang kuih raya nak letak popia simpul jer semua...tak pernah dibuat dek orang kan..

Tadaa dah raya.. jom lah kita ke surau solat Aidilfitri..



Haloh halohh sweetnyer Puan Minah dengan En. Ghani kita..Baju raya mana Mok?


Tok dan cucu-cucu..
Tunggu orang datang beraya ke sayang..

Kakak with family Tok Su..

Cutenyer Aliya..




With Aliya anak Cik Li lagi.. Anak berdua ni memang suka budak2..

Nak pergi beraya ke anak-anak?

Me with ayoh tercinta..
Pandai ayoh kita selfie..

Ok sila scroll laju2..

Mak pon nak jugak.. Peace

Beratur nak duit raya daripada Ma.. anok siapa lah ni..




Teruk sangat lighting ni..

Monday, October 10, 2016

Sarra-from 1st day of her life..

Salam semua..

Dah petang2 macam ni, nak buat kerja pon dah tak larat..belek2 folder kat PC ni terjumpa pulak gambar Sarra masa baby..Sekarang Sarra dah enam baru..cepatnya masa berlalu..huhu

Kalu ingatkan balik kenangan mengandungkan Sarra rasa macam nak gelak je..tak sangka pon terpeknenkan Sarra..dah tiga bulan baru perasan..itu pon sebab terasa macam ada kejutan elektrik kat perut..pergi check dan memang sah pregnant..masa tu dah lah baru diterima masuk sebagai chambering student kat tempat kerja sekarang..so dalam dilema nak bagitau Master ke taknak..duk berkira2 nak bagitau ke tak sudahnya sampai nak bersalin takde sapa pon kat ofis tahu yang masa tu aku tengah pregnat..takut masa tu kalu bagitau Master aku tak bagi aku proceed habiskan chambering kat situ..cetek betul pemikiran masa tu..Moralnya berkatalah benar walaupun pahit..jangan jadi macam aku..tapi Alhamdulillah semuanya selamat..ingat lagi sebagai orang baru kat ofis tu senior kat office tu pernah suruh aku angkat air Jantzen..selamber je aku angkat..kalu kandungan masih baru mungkin aku tak wat lah keje bodo tu tapi sebab dah banyak bulan and aku memang konfiden kandungan aku dah kuat masa tu, so dengan selamba badak aku angkat jer..jangan salah paham pulak, aku ok je ngan diorang..biasalah perasaan seniority tu..bukan salah diorang pon..diorang memang takde idea langsung yang aku pregnant masa tu..perut aku pon tak besar mana..Sarra masa lahir pon baru 2.54kg..lagipon masa mengandungkan Sarra aku memang lasak..balik keje memang naik turun bas sebab suami aku dan aku tak sama waktu keje..dan masa tu jugak bas memang tak masuk ke kawasan tempat aku tinggal..so memang kena jalan kaki..jauh giler kot..pastu amik anak lagi rumah pengasuh and anak aku yang sulung masa tu tak sampai setahun lagi..memang stok nak kena dukung..

6 bulan lebih wat chambering aku bersalin, so secara tak langsung aku kena stop dulu chambering aku..pas bersalin hari sabtu 07.08.2010, aku ingat nak datang ofis hari isnin bagitau keadaan sebenarnya tapi badan aku masih lemah..hari rabu aku datang ofis dengan berstoking dan face to face dengan Master aku..of course dia terkejut beruk..nasib tak pengsan jer Master aku..aku mintak maaf dekat dia sebab tak berterus terang..Master aku lepas ok daripada terkejut dia, suh aku amik cuti berpantang lepas tu sambung habiskan chambering aku..so ni salah satu sebab kenape aku masih kat firm ni..susah kot nak dapat Master/Bos yang paham masalah ko..

So kalu sekarang ni aku tengok Sarra tu terlebih lasak,aku teringat balik masa aku pregnantkan dia dulu..aku pon lasak macam tu..so nak marah lebih2 pon tak boleh..

Bila aku fikir2 balik, aku sampai terlupa aku masa pregnantkan Sarra dulu aku ade alahan tak..maybe tak de, kalu ada pon maybe aku tak ingat sebab aku nak kena kuat..aku memang dari sekolah menengah bercita-cita nak jadi peguam dan peluang yang aku dapat tu (diterima sebagai chambering student) memang aku takkan sia-siakan..Alhamdulillah aku berjaya capai apa yang aku cita-citakan..Alhamdulillah Sarra lahir secara normal walaupon Qistina lahir secara czer..Alhamdulillah Sarra membesar dengan sihatnya.. Alhamdulillah I was called to the Bar on 1st June 2011 dan di"retain" sebagai peguam di temapt aku bekerja sekarang sampai ke hari ini..

Akhir kata, jangan ikut cara aku ni..hehe

Jom layan gambar2 Sarra masa baby ni..

Ingat masa jumpa Boss kat wedding ofismate, Boss cakap ooo nilah anak sorok tu yer..hampeh sungguh


















Monday, January 4, 2016

Putri Annesya Qistina-Dah 7 Tahun..(Dah Darjah 1)

Salam semua...(budget macam ramai orang baca jer..padahal nan hado.sebenarnya bukan mengharap ada orang baca pon, tulis blog ni sekadar untuk kepuasan diri sendiri..macam menulis diari, meluahkan segala suka dan duka (duka tak tulis kot kat sini...simpan kat dalam hati yang paling dalam)

Entry kali ni sebenarnya nak cerita pasal kakak dah masuk Darjah 1..Pada 31hb Disember 2015, sekolah kakak ada anjurkan Majlis Orientasi untuk murid-murid Darjah 1..seawal 7.30 pagi kami sepatutnya dah berada kat sana untuk urusan pendaftaran..tapi kami sampai lambat sikit..dalam pukul 7.45 pagi baru sampai sekolah..selepas register, ibu bapa diarahkan masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat mengenai LINUS and blablabla (masa ni dah berada dalam dunia lain kot). Ceewah nampak mama line ketiga dua dari kiri macam kusyuk jer dengar..actually nervous bila dengar penerangan daripada cikgu..risau takut kakak tak boleh nak catch up apa yang sekolah nak..hopefully boleh lah..mama akan selalu doakan yang terbaik untuk kakak..semoga Allah terangkan hati kakak untuk terima Ilmu..

 Muka ketat..agaknya kakak pon nervous jugak..Najmi je yang dia kenal..satu Tadika masa 6 tahun dulu..takpe slow2 kak..nanti dapat lah ramai kawan-kawan baru..

Murid-murid tengah beratur sementara menunggu arahan daripada guru bertugas untuk ke kelas memasing untuk sedikit aktiviti...Masa ni dada dah dupdap dupdap takut kakak takut nak naik ke kelas tanpa Mama..tapi kakak memang anak yang independent, bila takde mama semua ok..jangan bila mama ada..semua nak mama jer..aiyokk..you such a big girl now..tak boleh lembik2..takmo over2 manja dah

 Taada..tak ada tanda2 stress pon nak masuk Darjah 1..Mama jer dari pagi duk rasa hiba..Cepatnyer anak membesar..dalam duk kalut dengan kerja..balik lambat dari ofis, dah besar anak aku..
 Adik pon nak merasa masuk darjah 1..takpe tahun depan adik plak yer..jangan nak berlakon taknak pergi sekolah k..yang tudung hijau kat belakang tu guru kelas kakak, Cikgu Norhayati..yang mana belum setelkan yuran, kena bayar yuran.. pilih saiz baju sukan untuk anak dan amik buku teks..Dah selesai semua tu, ibu bapa dan anak boleh bersurai..Tapi kami tak boleh balik rumah lagi, selesai urusan kakak, Mama nak kena drive balik Terengganu amik Tok dan Tokki sebab diorang pon nak tengok cucu masuk Darjah 1..nampak tak keterujaan di situ...


 4hb Januari 2016-tengah hari buta kami sampai ke sekolah sebab kakak sekolah sesi petang..jammed tak tau nak cakap lah jalan..pengajaran untuk Mama,sila bersiap awal.TITIK...sampai kat pagar sekolah rase macam bergenang air mata.. PUTRI ANNESYA QISTINA dah 7 tahun.. akan bermulalah episod baru dalam hidup dia..semoga yang baik2 saja..semoga sentiasa berada di dalam limpahan rahmat Allah..betapa cepatnya masa berlalu..masih ternampak2 wayar2 yang berselirat kat tubuh kecik dia, kena tahan kat NICU..Alhamdulillah Allah untuk kurniaanMu..










 Hari pertama sekolah, Alhamdulillah lancar semuanya..kakak pon dah dapat kawan baru..senang hati mama tengok kakak senang nak adapt dengan keadaan sekeliling..Cuma dekat kantin jer mama risau sebab suara kakak slow sangat, order makanan tapi makcik kantin tak dengar..takpe sok kuatkan sikit suara..lagipun dengan ibu bapa yang turut berebut2 dengan murid-murid untuk membeli makanan memang menyebabkan keadaan huru hara..esok mama cuti lagi dan akan ajar kakak macam mana nak beli makanan ataupon untuk minggu pertama sampai ketiga kakak bawak bekal jer..

Hari Kedua sekolah, mama dah tak hantar kakak pergi sekolah.. Mama dah upah Pak Din untuk amik dan hantar kakak..Malangnya, hari pertama kakak naik Van, kakak dah kena tinggal..bukan salah kakak..Mama tau sebab kakak dengan Rayyan dah tunggu di tempat yang dijanjikan tetapi atas arahan cikgu kakak terpaksa menunggu di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah demi memastikan keselamatan anak2 murid terjamin.. satu effort yang sangat bagus..Pak Din pun mungkin tak bersalah sebab dia masih tak cam muka kakak dan Rayyan memandangkan korang orang baru..Tapi sebagai orang berpengalaman dia sepatutnya pergi cari kakak dan Rayyan di dalam kawasan sekolah apabila dia sedar yang masih tak cukup bilangan budak yang sepatutnya menaiki van dia.. Mama dan ibu Rayyan tunggu kat depan blok B3 sampai 7lebih dan kakak masih belum balik.risau Allah jer yang tahu..berapa kali mama call Pak Din tak berangkat..dah dua kali Mama nampak van Pak Din lalu depan blok B3 tapi masih takde kakak.. nasib baik ada ayah  Rayyan..Alhamdulillah hari tu kakak balik dengan ayah Rayyan.. selepas berbincang kami decide akan cari van lain utk kakak dan Rayyan..memandangkan esok Mama dah keje mama serahkan semuanya pada ibu Rayyan..

Hari ketiga sekolah, masalah yang sama timbul.orang yang diupah untuk hantar kakak dan Rayyan datang naik moto..WHATTT.. Mama kat tempat kerja masa tu..agak tersentap.. sangat TERSENTAP sebenarnya..

Hari berikutnya, ibu Rayyan bagitau dia dah dapat orang untuk amik kakak dan Rayyan..Mama pon dah pergi jumpa Cik Ngah tu, dia pon nampak boleh dipercayai..hantar kakak sampai ke tempat perhimpunan..amik daripada sekolah pon sama..Alhamdulillah syukur sangat2.. terima kasih yang tak terhingga untuk ibu Rayyan sebab banyak menolong padahal tak kenal pon sebelum ni..

Doa Mama, semoga kakak menjadi anak yang cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat juga.. semoga mendapat keberkatan dalam apa jua ilmu yang kakak pelajari..semoga Allah terangkan hati kakak untuk menerima ilmu yang cikgu2 ajar kakak dan semoga Allah tiupkan perasaan cintakan ilmu dan sekolah dalam hati kakak.. Mama sayang anak mama, PUTRI ANNESYA QISTINA