Sunday, December 23, 2012

TV Studio..

Dah puas-puas berjalan kat Tingkat bawah kitorang naik tingkat atas pulak..Kat bawah dah crowded sangat orang. Semua pekerjaan nak kena beratur panjang.. Lagipun masa dah suntuk sangat, takut rugi pulak duk beratur lame-lame.Bila naik atas kitorang ternampak TV Studio..tgok takde orang pun beratur kat situ..Rupa-rupanya orang queue kat dalam..nasib tak ramai sangat orang...

















Kat TV Studio tu kanak-kanak boleh jadi Tv presenter, cameraman, reporter and bekerja belakang tabir..Kitorang ingat baby nak jadi TV Presenter..excited lah sebab nak tengok anak kat TV..tup2 dia tak angkat tangan pun mase person in charge tanye siapa nak jadi TV Presenter tapi dia cepat pulak angkat tangan nak kerja belakang tabir..
Menunggu turn..semua yang duduk kat sini sedang menunggu giliran untuk menjadi pekerja di studio TV..


 Qaisarra cakap dia suka TV9 sebab ada Upin Ipin..

 Ni berita tengah on air..tapi yang jadi cameraman macam tak mencabar sangat je..hahaha jahatnya aku..duduk berdiri kat belakang camera sambil berlakon macam tengah control camera..Tapi still bagi pengalaman baru kat kanak-kanak..Hanya orang yang konfiden je berani nak cuba semua benda ni..betol tak..

Okaylah..inilah keadaan kat dalam control room..Mereka diajar macam mana nak masuk kan iklan dan macam mana nak setting time, camne nak control bile ade report news live from tempat kejadian..Mak ayah tak boleh masuk..tengok dari cermin je..tu gambar tak clear sangat..ambik gambar pun dari telefon cap ayam je:)

Jenjalan@KidZania-Kurlz Beauty Salon

Tempat kedua yang Qistina masuk adalah salon..yeah..Salon time:) Qistina sangat seronok dapat masuk salon..Kurlz Salon ni menawarkan banyak service such as make up, manicure and macam- macam lah.. Tapi kat sini Qistina jadi customer jelah..ken apotong duit lagi..bila nk dapat gaji pun tak tau..hehe 



Bersiap untuk di make-up kan..


Jangan tak tau, Qistina ni memang suka melawa..Kalau kat umah habis semua barang make-up aku nak dipakainya..Semua barang make-up macam over pulak..Barang-barang make-up yang basic lah..Klau Qaisarra jenis simple, mana nak suka benda-benda macam ni..Even kat sini bila suruh dia jadi customer,mula-mula nak tapi bila dah sampai turn dia tak nak pulak..penat queue je..huhu..

Sesi make-up pun bermula.Beutician yang make Qistina tu India..tapi dia trak nampak macam takut pulak dengan orang yang dia tak biasa even tak kenal langsung pun. Aku tengok bila beutician tu suruh dia kemam bibir bila pas dah apply lipstic, dia ikut je..hehe

 tadaa..inilah rupa Qistina selepas make over..aku lagi prefer sebelum make over kot..hehe.apa-apa pun asalkan dia happy.Tapi ada ayat Qistina yang tak boleh blah bila dia suruh aku capture gambar dia banyak-banyak and tunjuk kat abah dia bila abah dia balik kerja malam nanti, nanti mesti abah cakap kakak cantik..chantek lah sangat..huhu

Jenjalan@KidZania-Arts & Crafts Studio

Salam Semua..

Entry ni sambungan ke KidZania lagi..aku suka post gambar banyak-banyak sebab tu satu entry je tak cukup..Nilah antara aktiviti yang qistina, qaisarra dan Baby wat kat sana.Of course Sarra takde wat ape2 aktiviti. Cause most of the place kat KidZania tu untuk 4 tahun dan ke atas..Qistina pun kitorang terpaksa cakap yang dia dah 4 tahun..hehe. Some of the place even though dah 4 tahun kalu tak cukup minimum heights yang ditetapkan, tetap tak boleh main..and for those yang nak join wall climbing, make sure pakai sport shoes or otherwise memang tak boleh main..

Masuk kat dalam ni memang happening giler..dengan ramai orangnya..dengan bunyi seren kereta bomba lah..bunyi ambulans..budak-budak berlari-lari nak pergi hantar parcel..ada yang duk angkat tangga lah..pastu boleh nampak kereta bomba melalui bangunan-bangunan kat situ..itu maknanya ade bangunan terbakar dan ahli-ahli bomba cilik sedang dalam perkhidmatan untuk memadamkan api tersebut..

Jalan-jalan, Baby dah jumpa tempat faberet dia..nak jadi secret agent. so Qistina memang tak boleh lah..Jalan-jalan kitorang ternampak Stabilo arts & crafts studio..masa untuk coloring..Bila Qistina masuk, staff kat situ pakaikan dia apron then bawak dia ke tempat duduk..Kat situ memang disediakan peralatan mewarna..


lagi gambar..

tu dia muka semangat nak mewarna and excited dapat pegang color  pencil, crayon  yang memang bermacam warna..

Tekunnya dia...

Yea dah siap..



Tadaa rupanya ini jelah yang Qistina color..punyer lah lama dia amik masa..pegang berbagai color pensil..hasilnya=OK lah untuk budak tiga tahun..hehe

bila dah siap, staff kat situ bagi Qistina satu goody bag, hadiah daripada stabilo, ade highlighter color hijau dan pen color hitam beserta dengan satu lukisan kecik ala-ala macam gambar kat atas yang belum diwarnakan lagi..dan tak lupa jugak buku panduan macam mana nak jadi seorang yang creative.. 

JenJalan @ KidZania-Get Ready for A Better World


Salam semua..

Dah lama tak update blog..takde maser. Kalu kat office mase lunch tak sempat sebab internet tersangat lah slow..Balik kerja dah penat melayan anak-anak..

Ari ni gagahkan jugak meng"update" blog..sempena menyambut kepulangan Baby daripada kem Permata Pintar, kitorang which means Maya and aku merancang untuk bawak Baby keluar jalan-jalan.Qistina dengan Sarra pun dah rindu kat kakak diorang tu..

So kitorang decide nak pergi ke KidZania..Sedikit panduan tuk kawan-kawan yang tak pernah ke sana dan bercadang nak pergi..tiket boleh dibeli secara ONLINE atau walk in. From my experience better walk in je sebab mase kitorang pergi tu ramai gler orang queue kat bahagian online ticket..Kalu rajin nak queue panjang-panjang xpelah..aku awal2 memang surrender..atau maybe mase kitorang pergi tu ari ahad plus dengan school holiday, tu yang ramai orang beli ticket online..tapi kalu walk in better sampai sana awal sebab session petang start from 4pm to 9pm..

Ni pic anak-anak kat kaunter ticket..kaunter ticket dia macam kaunter ticket air asia kt LCCT..Pekerja dia pun pakai baju sama macam pekerja sebenar kat kaunter AirAsia..Diorang memang intentionally wat macam tu..so bagi pengalaman kat anak-anak beli ticket flight then dapat boarding pass..pastu ade pemeriksaan kastam then bagi boarding pass kat kastam yang memang macam pekerja real kastam then sampai lah ke Kidzania..untuk further explanation korang boleh gi melawat website diorang kat www.kidzania.com.my

Sedikit info untuk dikongsi bersama-entrance fee. Untuk TODDLER from 2-3 years fee dia RM35 each, untuk KIDS from 4-17 years pulak fees dia RM55 each. Kids below 8years old must be accompanied by parent or adult guardian at all time. Price untuk adult pulak RM55.

Pada pendapat aku price tersebut agak mahal. Kalu satu family sorang anak sahaja mungkin tak rase ape-ape tapi kalu ade 4-5 anak, memang terasa mahalnya sebab mase yang diperuntukkan untuk satu session adalah 5jam dan kat KidZania ada 99 jobs..Pada aku 5jam memang tak cukup tuk cover all jobs.. So you have to manage the time wisely since the entrance fee are pricey..Tapi kalu weekdays ade satu session je selama 7jam..

Pas dah bayar ticket, kiter kena queue tuk security tags pulak..ala-ala jam tangan Ben-10 gitu..


 Perkara pertama yang wajib buat selepas dah masuk kt dalam KidZania ialah cashkan RM50 kidzos cheque kat CIMB Bank..Perlulah diingat setiap kerja or perkhidmatan yang dilakukan oleh anak-anak kita, they will get paid for it and gaji mereka akan ditolak untuk servis anak-anak dapat..For example kalu masuk salon, if anak kita jadi beautician kat salon tu, diorang akan dibayar gaji..tapi kalu diorang jadi customer kat salon tu, anak-anak akan bayar service diorang..see how interesting KidZania is..not only the exciting,fun and leasure kind of park but is is an activity theme park for kids..
tadaa nilah ticket dengan cheque CIMB Bank tu..setiap KIDS and TODDLERS dapat..mak-mak je tak dapat..

 ni masa tengah queue nak scan security tags yang ala2 Ben-10 punya tu..Federal Office of Immigration KidZania..kat sini ade kaunter and kita kena scan wrist tag dan serahkan boarding pass..
ni lah tempat tukar RM50 kidzos cheque..tak sempat nak ambik gambar anak-anak sebab sarra nak dukung pulak masa tu:)




tadaa muka-muka happy dapat pegang duit..budak-budak zaman sekarang:)

tak ketinggalan mak-mak budak pun gembira dapat pegang duit..yelah zaman kitorang dulu tak de KidZania..pegang duit banyak pun mase main SAIDINA je..tu pon wat sendiri guna manila kad..hehe