Salam semua..
Aduh rasanya dah lama giler tak update blog..lama sesangat..nak citer pasal birthday anak-anak..macam dah basi je.tapi nak citer jugak.sebelum ni terlampau banyak komitmen keje ngan rumah tangga,tu yang tak sempat nak meng'updet..
Tanggal 7.8.2013 ari tu genaplah umur Sarra 3tahun.Qistina pulak pada 2.9.2013 genaplah 4tahun. Sekejap jer rasa..Semoga anak-anak mama menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat,diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga anak-anak manis mama menjadi saham untuk mama dan Abah di akhirat kelak.
Untuk si manis Qistina, takmo cengeng2 tau..kurangkan sikit tengok kartun tu tau..kurangkan jugak peel suka merajuk lari dalam bilik tu..
Untuk si manja Sarra, takmo garang2 dengan kakak tau..
Disebabkan birthday diorang beza tak sampai sebulan, so kitorang decide nak celebrate sekali on 7.9.2013 kat restoren abah diorang je..Al Maida Kampung Baru..Jimat duit, masa dan tenaga walaupun masa tu belum ade lagi saranan daripada pemimpin supaya rakyat berjimat cermat..Belum ada ura-ura kenaikan harga minyak,barang, tol dan sebagainya..oppsss di situ.Bagus tak kitorang?hehe
Gambar-gambar kat bawah ni sebelum ketibaan para tetamu..
Si cantik manis ni Ayu, cantik sangat dress and tudung hari tu..Suka k hajar tengok..
Ok selepas solat Maghrib sebahagian tetamu dah sampai..Lepak-lepak kat bawah dulu sambil borak-borak sementara para pekerja tengah siapkan buffet..
Ni semua pic mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu sepapat Qistina dan Qaisarra belah abah dia..
Yang pakai tudung pink tu my roomate with her husband..tengah pregnant masa tu..rasa macam dah tua je..dulu masa aku final year,dia baru second year..sekarang dah nak dapat baby dah..Lama giler kitorang tak jumpa..hampir 4tahun..ooohh jejak kasih sungguh..dua lagi roomate xdapat datang sebab masing2 tak larat,memasing tengah peknen..Sherry dan Ain..Nawal pulak masa tu kat Kedah..kalu tak boleh wat reunion malam tu...
Borak punyer borak, tadaa makanan dah siap hidang..tapi majlis tak start terus sebab sebahagian tetamu tak sampai lagi..biasa lah KL, petang2 sokmo jammed..tambah2 plak petang tu hujan..so terima kasih banyak2 kepada tetamu yang sampai awal, kesabaran anda amatlah kami hargai..cheewah..Sebab abahnya berniaga makanan Arab, malam tu inilah antara hidangan yang mampu kami sajikan buat tetamu yang hadir..Harap-harap semua berpuas hati..
![]() |
| Tok Mat Dragon bosan kot..lambat no majlis nak mula.hehe |
![]() |
| Customer tetap Al Maida Restaurant, terima kasih kerana sudi datang.. |
![]() |
| K Yah yang banyak membantu dalam proses tumbesaran anak-anak manis ni.Daripada Qistina 6bulan dan adik dari tempoh habis pantang sampai sekarang.Alhamdulillah.. |
![]() |
| Wan yang sudi datang walaupun keadaan kesihatan yang tak berapa baik..Terima kasih, anak-anak manis selalu lepak rumah Wan ni.. |







































































