Wednesday, September 17, 2014

To all mommies and mommies to be..

Salam semua..mommies2 yang tengah ngantuk wat kerja pas lunch tu,jom amik masa seminit untuk baca ni..terjumpa tadi and saja nak letak kat blog supaya lain kali boleh baca lagi..

SubhanaAllah..Begitu banyak sekali pahala untuk kita para ibu..so, be the best mom to our children.. :)

Untuk renungan bersama sempena:-

  • Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin di dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya..Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan..
  • 2 rakaat solat dari wanita yg hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil..so, jgn la mengeluh setiap kali kita melangkah dgn berat kandungan yg kita bawa..ingat ganjaran Allah S.W.T kepada kita para ibu.. :)
  • Wanita yg hamil akan dpt pahala berpuasa di siang hari..bayangkan 9 bulan kita pregnant, betapa byk pahala puasa yg kita dpt.. :)
  • Apabila seseorg wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala org yg berjihad pd jln Allah S.W.T..
  • Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat ; puasa dan setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji..
  • Apabila seseorg wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya..after giving birth to a baby, Allah makes us mommies like a new baby too, taking away all the dosa.. isn't that wonderful??the pain that we go thru, gets the benefit of taking away our dosa.. :)
  • Sekiranya wanita mati dlm masa 40 hari lepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid..
  • Wanita yg memberi susu kepada anaknya (susu badan) akan dapat 1 pahala dr tiap2 titik susu yg diberikannya..SubhanaAllah..so start breastfeeding our baby now..
    Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat2 di langit akan khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya..
  • Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yg menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat dan puasa..
  • Wanita yg m'habiskan mlm nya dgn tidur yg tidak selesa kerana m'jaga anaknya yg sakit akan m'dpt pahala spt m'bebaskan 20 org hamba..
  • Wanita yg tidak cukup tidur pd mlm hari kerana m'jaga anak yg sakit akan diampunkan oleh Allah S.W.T akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat..
MasyaAllah, SubhanaAllah..I'm so thankful to Allah for giving me the chance to be a mother..Yes, Allah put us to test, the patience to gain HIS rewards in bringing up our children ..May Allah give barakah to us, mothers..Amin~

Tuesday, August 19, 2014

Chriszen Moist Cake 2 in 1 Foundation...best ke foundation nie?

Salam semua..

Hari ni Hajar nak perkenalkan satu foundation yang pada Hajar sangat2 lah best..

Kenapa Hajar cakap macam tu? sebab pakai foundation ni memang tak bercapuk punyer..Kulit wajah nampak semulajadi..Kulit menjadi lembap,halus dan yang pasti tiada lagi kulit berminyak!

CHRISZEN MOIST CAKE 2 IN 1 FOUNDATION SPF 50+
HARGA PROMOSI : 
RM 59.00 FREE POS SEM
RM 63.00 FREE POS SS
GIFTS :
CHRISZEN FACE AMPOULE

Harga Biasa satu set RM88
Kini tiada lagi masalah Muka Berminyak!
 

 SOALAN LAZIM TENTANG CHRISZEN MOIST CAKE:
Chriszen Moist Cake ini memang bagus ke??
Jawapannya ialah:
-mengandungi L-Glutathione yang berfungsi mencerahkan kulit.
-mengandungi Collagen yang berfungsi untuk membantu pudarkan jerawat atau jeragat.
-mengandungi Pelindung UV yang berfungsi melindungi kulit daripada UVA dan UVB.
-mengandungi Pelembap yang berfungsi melembapkan kulit wajah.
-membantu menyembunyikan lubang atau parut jerawat muka.
-mengurangkan keminyakan muka.
-mengandungi NBR sponge yang paling popular di Korea, fleksibel dan lembut, senang dipakai di muka.
-ringan dibawa keluar.

Selalu pelanggan tanya Hajar, apa color sesuai i pakai?
kulit cerah, pakai no.1
kulit sederhana, pakai no.2
kulit gelap/kuning langsat, pakai no.3 
Chriszen Moist Cake 2 in 1 Foundation
No. 1 Merah Jambu Cerah
No. 2 Merah Jambu
No. 3 Kuning Langsat
 
[KELEBIHAN CHRISZEN MOIST CAKE]

★ Memutihkan wajah
★ Sunblock
★ Anti kedut pada wajah
★ Melembutkan kulit wajah
★ Mencerahkan wajah
★ Menghilangkan bintik hitam

*Whitening Moisturizing Ampoule

★ Melembapkan kulit
★ Membekalkan nutrition kepada kulit untuk lebih lembut dan cerah

[KANDUNGAN CHRISZEN MOIST CAKE]

L-Glutathione, Bees Wax, Avocado Oil, Almond Oil, Nut Oil, Jojoba Oil, Wheat Germ Oil

*Whitening Moisturizing Ampoule

Air, Hydrolysed Collagen, L-Glutathione, Glycerin

[CARA PENGGUNAAN CHRISZEN MOIST CAKE]

1) Titiskan dua titik Chriszen Ampoule ke atas tapak tangan. kemudian oles pada wajah.
2) Urut atau tepuk-tepuk sedikit, selama 1-2 minit sampai Chriszen Ampoule menyerap ke dalam lapisan kulit wajah. Anda dapat rasakan kulit lembab dan segar!
3. Guna sponge yang terletak dalam Chriszen Moist Cake untuk mencampurkan L-Glutathione (lapisan putih) + Moist Cake ( lapisan warna beige) supaya mendapat warna moist cake yang sesuai kulit.
4. Ratakan Chriszen Moist Cake dengan sponge tersebut secara nipis dan sekata.
5. Lihat hasilnya, wajah anda sudah menjadi cerah dan licin!

[MAKLUMAT TAMBAHAN CHRISZEN MOIST CAKE]

★ Diformulasi di Korea
★ Kelulusan GMP

WHATSAP HAJAR UNTUK ORDER K..017-2566004

Thursday, August 14, 2014

Birthday Present

Okay sepatutnya Birthday present ni kitorang rancang nak bagi pada 31.08.2014..biasalah kalu kitorang yang rancang mesti tak menjadi..pelik betol..kebetulan lalu kat tengah-tengah KL nung...yang banyak kedai jual toys tu..(untuk pengetahuan semua,hari ni 07.08.2014 aku MC sebab selsema dan demam..aku bukan saja jalan2 waktu kerja tau)mata aku tetiba tertangkap satu imej yang pada aku sangat comel..yang dah lama anak-anak aku idamkan..yeay nampak SCOOTER pink ..tang tu jugak nak beli..dah tak boleh tangguh dah..terpaksa lah encik suami brek mengejut sebab keterujaan aku yang melampau...Nasib baik Sarra ada bagitau aku kalu nak beli scooter,dia nak color pink..kalu tak abah dia dah belikan yang hijau sebab color faberet Sarra ialah hijau..yang tak tahannya scooter hijau tu gambar BEN-10..taknak lah aku..

Jom tengok keterujaan anak-anak aku dapat hadiah SCOOTER..apsal Sarra  asik wat duck face je ni..aku syak mesti pengaruh rakan tak sebaya Ayu anak Wan ataupon pengaruh kakak dia Baby Gurl..Disclaimer: yang pasti bukan pengaruh daripada Mama :)





 Akibat terlampau teruja, boleh anak-anak aku main SCOOTER kat dalam Restoren Upin & Ipin tu..aku rase mesti staff2 Upin & Ipin bengang..nasib baik pada malam kejadian tu tak ramai customer..Hal ni salah kan abah diorang sebab tak menyempat2 nak bagi hadiah kat anak-anak..Patutnya tunggu majlis makan2 selesai dulu baru bagi present..apa nak buat, dah terkasi awal pulak.. Hadiah anak-anak maksudnya masa birthday Sarra kena bagi kat Nisya jugak,kalu tak dia merajuk..kalu birthday Nisya, kena beli kat Sarra jugak..huhu..
Memang macam tu ke kalu birthday anak2 dekat2..beza bulan 8 dengan 9 je..hahaha..tak sampai hati nak bagi kt sorang je,sorang lagi tengok dengan redho, nak hadiah tunggu birthday dia..haisshh camne nak jadi mama yang tegas macam gini ni..


Sekian..

Thursday, August 7, 2014

Hepi Birthday Sarra


Alhamdulillah,hari ni merupakan birthday Sarra yang ke-4..woha sekejap je rase..nak mengimbau kenangan sekejap lah..kejadian sehari sebelum kelahiran Sarra..disebabkan jem melampau,dr ofis aku naik bas je ke Ampang point sebelum ke hospital Ampang..aku tahan cab semua taknak hantar aku ke Ampang point,masa tu dalam otak aku,aku kena naik metro bas sebab driver metro bas je yang bawak macam pelesit,tau jalan2 shortcut untuk elak jam..mase tu tanda2 nak bersalin dah ade..kontraksi dah start,darah pon dah keluar..suami aku dah tunggu kt hospital,kalu nak tunggu dia sampai ofis,redah jam pastu redah jam lagi nak g hospital,mahu aku terberanak dalam kereta..kalu ditakdirkan terberanak dalam kereta,mesti ramai yang berebut nak beli kereta aku,banyak ong katanya..tapi tak delah aku terberanak hari yang sama pon..kalu tau aku tunggu je en suami datang amik aku kat ofis..aku selamat melahirkan Sarra keesokan harinya,07.08.10 pada pukul 1.08 petang..

Ok,setel merapu.Ingat nak celebrate bday Sarra sekali ngan kakak dia,Nisya..tapi abahnya wat muka kesian cakap nak wat jugak makan2 secara kecil-kecilan sebab katanya Sarra tak pernah rase sambut birthday sorang2..Ye ke tak pernah?

Disebabkan Sarra peminat tegar Upin Ipin,kami pon sepakat nak adakan makan2 kat Restoren Upin & Ipin..just jemput family Mak Yah,family Wan dan Cik Salina..Ni semua jiran2 yang rapat dengan aku..yang selalu tapaukan aku makanan tak kira bila kenduri kendara, ataupon waktu aku nak gi kerja..even balik kerja pon kadang2 aku bantai makan kat rumah diorang je..especially Mak Yah ngan Wan..hahaha sekarang baru rase betapa tak malunya aku..

Kepada kawan2 dan sedara mara,jemputlah datang rumah Mak Yah ( akak yang jaga anak2 aku )pada 31.08.14 pukul 3 petang, insyaAllah nak wat makan2 sikit sempena birthday Nisya (02.09.2014) dan Sarra (aiyok lagi sekali celebrate Bday)..Raya dah habis masa tu,nak datang beraya pon boleh..

Esok aku upload gambar yang sempat diambil sempena kejadian makan2 tersebut..abaikan kualiti gambar sebab aku pakai fon cikai je..update blog pakai fon,aku tak tau camne nk upload gambar..yang dah upload pulak,aku tak tau camne nak delete..huhu.boleh x macam tu..Aku budak baru belajar berblog..

Kepada Putri Aleesya Qaisarra binti Mohd Zaki,mama sayang sangat kat adik,mama doakan adik jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat,diberkati Allah selalu,diberikan kesihatan yang baik,menjadi anak yang solehah yang menjadi saham untuk mama dan abah bila kami dah takde nanti,diberikan jodoh yang soleh yang boleh membimbing adik ke jalan diredaiNya (okay,Sarra baru masuk 4tahun,tapi tak salah kan harapkan yang terbaik untuk anak)..jangan garang2 sangat k..

Jom layan gambar okeh...

 Ni je antara tetamu yang datang..Cik Salina tak boleh datang..memang kecil-kecilan sungguh..takpelah yang penting hajat abah dia nak celebrate birthday Sarra tercapai..
 Laila Isabella yang comey..

 Aktiviti meng"order" makanan..Actually petang tu kitorang dah pergi untuk reserve tempat tapi memang sengaja tak order makanan dulu..kitorang rase lagi better tetamu yang order sendiri apa yang diorang nak makan..Karang apa yang kita order, tak sama pulak dengan selera masing-masing..Memang amik masa sikit lah untuk diorang siapkan tempahan..tambahan pulak staff tak ramai sebab masih bercuti raya..

Okaylah bila semua orang dah siap order,sementara nak tunggu makanan sampai,jom kita bergambar bajet comel dulu..Pastu tiup lilin dan makan kek..Lambat wey servis dia..perut dah lah lapar..isi dengan kek dulu lah memasing..





 Apsal muka Abah lagi teruja dari Sarra ni? Konfius sekejap..
 Mak Yah dan anak-anak jagaannya yang 1001 macam perangai sensorang..

Nisya yang fefeeling lebih..aku yang demam dan selsema..


 Kak Bum dan Kak Muk yang sporting gilos...
 Emi dan Ecah..hehe TQ Emi sebab sudi datang..Ecah ni kira geng Sarra ngan Nisya lah kalu kat rumah mak diorang..Buddies tak kan terpisah kan..tahun depan sekolah pon sekali.
 Amirul, anak Emi..
 Aini dan si hensem Farid..comot nyer Farid..makan ape tu..Farid ni pon peminat Upin Ipin..even kecik lagi tapi bila tengok citer Upin Ipin, dia boleh gelak sensorang.comel kan..
 Tugas potong kek aku serahkan kat Mak Yah..kalu aku yang potong,konfirm hancur berkecai.Karang tak berselera pulak orang nak makan..Kek beli kat Kia Abdul je..boleh tengok fb dia  https://www.facebook.com/pages/Kia-Abdul kalu nak tengok sample kek..sedap dan harga pon berpatutan..

 Okay makanan dah sampai..selamat menjamu selera semua..kalu ade yang kurang harap dimaafkan yer..last minute punyer plan memang agak kelam kelibut..



Sekian <3