Sunday, March 1, 2015

Pengalaman ke Aquaria KLCC

Akhirnya ada jugak masa nak update pasal kitorang gi jenjalan ke Aquaria, KLCC..Dah setahun kot.. Apa punyer pemalas lah..Sebelum gerak kenalah wefie dulu..nampak tak siapa yang paling semangat?Mama ngan kak Baby yang terover seronok..Meh kita check dulu harga tiket masuk Aquaria KLCC, ini harga tahun 2015 tau..harga masa kitorang pergi...

Dewasa : Biasa RM53 MyKad RM40
Kanak-Kanak (3-12 tahun) Biasa RM42 MyKad RM30
60 tahun ke atas : Biasa RM32 MyKad RM30




Nasib masa kami pergi orang tak ramai sangat.. tak perlu beratur untuk beli tiket.nak masuk tu ade session bergambar dulu kat pintu masuk..macam biasa lah kalu korang nak beli boleh beli masa nak keluar nanti..boleh wat kenang kenangan bergambar berlatarkan hidupan laut yang comel-comel belaka..

Giler teruja bila dah masuk kat dalam Aquaria tu..macam-macam kehidupan laut ada..yang lebih excited sebab ada depan mata..siap boleh pegang lagi.Kat bawah ni gambar kitorang kat  Zone Rocky Shore Touch Pool..Tengok mama dia siap pegang lagi Sea Cucumber (rasenyer lah..ingat2 lupa pulak nama makhluk ni)..lembik jer..At first, anak-anak takut nak pegang..pastu berani lah pegang sipi-sipi bila tengok ramai orang duk pegang..rugi lah kalu tak pegang kann..jangan risau kat situ ada staff Aquaria yang akan bantu kalau kita nak pegang haiwan kat zone ni..




 Sea Cucumber
 Tapak Sulaiman

Dah puas pegang-pegang haiwan kat Zone Rocky Shore Touch Pool kitorang terdengar announcement daripada staff Aquaria KLCC..Wahhh feedinf session rupanya..So kitorang berkesempatan melihat penjaga Aquarium memberi makan kepada Water Rat..comel sangat..diorang makan buah-buahan uoll..

 Comel kannn.. mesti Water Rat ni terasa glemer giler sebab semua orang teruja nak tengok dia makan..malu dia nak makan kot..










Bergambar bersama Piranha..ikan yang makan daging orang dalam citer Piranha tu..serius gigi dia tajam dan panjang..tetiba teringat pulak ikan-ikan ni dengan rakusnya gigit2 orang dalam citer Piranha..haa tetiba rasa macam seram jer..

Jom teruskan penerokaan...biarlah gambar berbicara..



 Macam ular kan...tak tau nama apa..
 Stonefish


 Keluarga Udang pon ada tapi susah nak tangkap pic diorang sebab diorang duk sembunyi jer..

 Di bawah lampu biru...peace sokmo

Gambar bawah ini di zone Deep Forest. Lawa sangat boleh tengok ikan berenang dalam tube tank yang besar.Memang seronok sangat tengok ikan-ikan ni berenang dengan girangnya..tube tank ni setinggi 15kaki tau direka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu..nak tau lebih lanjut kenalah datang sendiri k..








Gambar kat bawah ni dekat wrecked ship area..tengah anak-anak pose nak amik pic kat area ni tetiba ade orang lain yang join masuk dalam pic kitorang..mungkin pada awek ni kitorang invisible kot.. ataupon buat2 tak nampak kitorang tengah pose kat situ..tapi takpelah orang tengah ramai so kena lah bertoleransi..
 Nampak tak pic ikan kat bawah ni..besar giler..kalu wat singgang ke asam pedas ke satu kampung makan baru habis..tak sure nama ikan ni apa..kalu update terus selepas pergi sana mungkin ingat lagi lah..tapi sebab dah lebih setahun baru update blog memang tak boleh nak recall langsung..nak tau tanya En Google lah erk...


 Dah sampai zone family Shark..macam-macam info tentang shark yang korang boleh baca kat sini..bawak anak kenalah explain kat diorang kannn..K Baby boleh tolong explainkan... mama tolong snap pic jer..hehe



 Kakak dan kawanan ikan..

Penat berjalan? jangan risau..kat dalam Aquaria ni ada Terowong Underwater sepanjang 90 meter tau..Area ni dipanggil Zone Oceanarium..Korang berdiri jer di laluan yang disediakan.. Laluan ni yang bergerak secara slow motion..Korang berdiri sambil menlihat hidupan laut berenang di atas kepala kita, di sisi kiri dan kanan kita..Giler best kannn.. Baby shark ada..Penyu, ikan pari yang besar amat pon ada...























 Cik Penyu..




 Obor-Obor
 Kuda Laut
 Dah selesai jelajah Aquaria KLCC..best2...selamat shopping kat kedai souvenir yang ada betol2 penghujung Aquaria sebelum korang keluar..kalu nak beli pic yang staff Aquaria tangkap awal-awal tadi, korang boleh beli kat sini..2 pic RM200..enjoy semua..