Monday, January 4, 2016

Putri Annesya Qistina-Dah 7 Tahun..(Dah Darjah 1)

Salam semua...(budget macam ramai orang baca jer..padahal nan hado.sebenarnya bukan mengharap ada orang baca pon, tulis blog ni sekadar untuk kepuasan diri sendiri..macam menulis diari, meluahkan segala suka dan duka (duka tak tulis kot kat sini...simpan kat dalam hati yang paling dalam)

Entry kali ni sebenarnya nak cerita pasal kakak dah masuk Darjah 1..Pada 31hb Disember 2015, sekolah kakak ada anjurkan Majlis Orientasi untuk murid-murid Darjah 1..seawal 7.30 pagi kami sepatutnya dah berada kat sana untuk urusan pendaftaran..tapi kami sampai lambat sikit..dalam pukul 7.45 pagi baru sampai sekolah..selepas register, ibu bapa diarahkan masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat mengenai LINUS and blablabla (masa ni dah berada dalam dunia lain kot). Ceewah nampak mama line ketiga dua dari kiri macam kusyuk jer dengar..actually nervous bila dengar penerangan daripada cikgu..risau takut kakak tak boleh nak catch up apa yang sekolah nak..hopefully boleh lah..mama akan selalu doakan yang terbaik untuk kakak..semoga Allah terangkan hati kakak untuk terima Ilmu..

 Muka ketat..agaknya kakak pon nervous jugak..Najmi je yang dia kenal..satu Tadika masa 6 tahun dulu..takpe slow2 kak..nanti dapat lah ramai kawan-kawan baru..

Murid-murid tengah beratur sementara menunggu arahan daripada guru bertugas untuk ke kelas memasing untuk sedikit aktiviti...Masa ni dada dah dupdap dupdap takut kakak takut nak naik ke kelas tanpa Mama..tapi kakak memang anak yang independent, bila takde mama semua ok..jangan bila mama ada..semua nak mama jer..aiyokk..you such a big girl now..tak boleh lembik2..takmo over2 manja dah

 Taada..tak ada tanda2 stress pon nak masuk Darjah 1..Mama jer dari pagi duk rasa hiba..Cepatnyer anak membesar..dalam duk kalut dengan kerja..balik lambat dari ofis, dah besar anak aku..
 Adik pon nak merasa masuk darjah 1..takpe tahun depan adik plak yer..jangan nak berlakon taknak pergi sekolah k..yang tudung hijau kat belakang tu guru kelas kakak, Cikgu Norhayati..yang mana belum setelkan yuran, kena bayar yuran.. pilih saiz baju sukan untuk anak dan amik buku teks..Dah selesai semua tu, ibu bapa dan anak boleh bersurai..Tapi kami tak boleh balik rumah lagi, selesai urusan kakak, Mama nak kena drive balik Terengganu amik Tok dan Tokki sebab diorang pon nak tengok cucu masuk Darjah 1..nampak tak keterujaan di situ...


 4hb Januari 2016-tengah hari buta kami sampai ke sekolah sebab kakak sekolah sesi petang..jammed tak tau nak cakap lah jalan..pengajaran untuk Mama,sila bersiap awal.TITIK...sampai kat pagar sekolah rase macam bergenang air mata.. PUTRI ANNESYA QISTINA dah 7 tahun.. akan bermulalah episod baru dalam hidup dia..semoga yang baik2 saja..semoga sentiasa berada di dalam limpahan rahmat Allah..betapa cepatnya masa berlalu..masih ternampak2 wayar2 yang berselirat kat tubuh kecik dia, kena tahan kat NICU..Alhamdulillah Allah untuk kurniaanMu..










 Hari pertama sekolah, Alhamdulillah lancar semuanya..kakak pon dah dapat kawan baru..senang hati mama tengok kakak senang nak adapt dengan keadaan sekeliling..Cuma dekat kantin jer mama risau sebab suara kakak slow sangat, order makanan tapi makcik kantin tak dengar..takpe sok kuatkan sikit suara..lagipun dengan ibu bapa yang turut berebut2 dengan murid-murid untuk membeli makanan memang menyebabkan keadaan huru hara..esok mama cuti lagi dan akan ajar kakak macam mana nak beli makanan ataupon untuk minggu pertama sampai ketiga kakak bawak bekal jer..

Hari Kedua sekolah, mama dah tak hantar kakak pergi sekolah.. Mama dah upah Pak Din untuk amik dan hantar kakak..Malangnya, hari pertama kakak naik Van, kakak dah kena tinggal..bukan salah kakak..Mama tau sebab kakak dengan Rayyan dah tunggu di tempat yang dijanjikan tetapi atas arahan cikgu kakak terpaksa menunggu di tempat yang disediakan oleh pihak sekolah demi memastikan keselamatan anak2 murid terjamin.. satu effort yang sangat bagus..Pak Din pun mungkin tak bersalah sebab dia masih tak cam muka kakak dan Rayyan memandangkan korang orang baru..Tapi sebagai orang berpengalaman dia sepatutnya pergi cari kakak dan Rayyan di dalam kawasan sekolah apabila dia sedar yang masih tak cukup bilangan budak yang sepatutnya menaiki van dia.. Mama dan ibu Rayyan tunggu kat depan blok B3 sampai 7lebih dan kakak masih belum balik.risau Allah jer yang tahu..berapa kali mama call Pak Din tak berangkat..dah dua kali Mama nampak van Pak Din lalu depan blok B3 tapi masih takde kakak.. nasib baik ada ayah  Rayyan..Alhamdulillah hari tu kakak balik dengan ayah Rayyan.. selepas berbincang kami decide akan cari van lain utk kakak dan Rayyan..memandangkan esok Mama dah keje mama serahkan semuanya pada ibu Rayyan..

Hari ketiga sekolah, masalah yang sama timbul.orang yang diupah untuk hantar kakak dan Rayyan datang naik moto..WHATTT.. Mama kat tempat kerja masa tu..agak tersentap.. sangat TERSENTAP sebenarnya..

Hari berikutnya, ibu Rayyan bagitau dia dah dapat orang untuk amik kakak dan Rayyan..Mama pon dah pergi jumpa Cik Ngah tu, dia pon nampak boleh dipercayai..hantar kakak sampai ke tempat perhimpunan..amik daripada sekolah pon sama..Alhamdulillah syukur sangat2.. terima kasih yang tak terhingga untuk ibu Rayyan sebab banyak menolong padahal tak kenal pon sebelum ni..

Doa Mama, semoga kakak menjadi anak yang cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat juga.. semoga mendapat keberkatan dalam apa jua ilmu yang kakak pelajari..semoga Allah terangkan hati kakak untuk menerima ilmu yang cikgu2 ajar kakak dan semoga Allah tiupkan perasaan cintakan ilmu dan sekolah dalam hati kakak.. Mama sayang anak mama, PUTRI ANNESYA QISTINA