Sunday, December 23, 2012

Jenjalan@KidZania-Arts & Crafts Studio

Salam Semua..

Entry ni sambungan ke KidZania lagi..aku suka post gambar banyak-banyak sebab tu satu entry je tak cukup..Nilah antara aktiviti yang qistina, qaisarra dan Baby wat kat sana.Of course Sarra takde wat ape2 aktiviti. Cause most of the place kat KidZania tu untuk 4 tahun dan ke atas..Qistina pun kitorang terpaksa cakap yang dia dah 4 tahun..hehe. Some of the place even though dah 4 tahun kalu tak cukup minimum heights yang ditetapkan, tetap tak boleh main..and for those yang nak join wall climbing, make sure pakai sport shoes or otherwise memang tak boleh main..

Masuk kat dalam ni memang happening giler..dengan ramai orangnya..dengan bunyi seren kereta bomba lah..bunyi ambulans..budak-budak berlari-lari nak pergi hantar parcel..ada yang duk angkat tangga lah..pastu boleh nampak kereta bomba melalui bangunan-bangunan kat situ..itu maknanya ade bangunan terbakar dan ahli-ahli bomba cilik sedang dalam perkhidmatan untuk memadamkan api tersebut..

Jalan-jalan, Baby dah jumpa tempat faberet dia..nak jadi secret agent. so Qistina memang tak boleh lah..Jalan-jalan kitorang ternampak Stabilo arts & crafts studio..masa untuk coloring..Bila Qistina masuk, staff kat situ pakaikan dia apron then bawak dia ke tempat duduk..Kat situ memang disediakan peralatan mewarna..


lagi gambar..

tu dia muka semangat nak mewarna and excited dapat pegang color  pencil, crayon  yang memang bermacam warna..

Tekunnya dia...

Yea dah siap..



Tadaa rupanya ini jelah yang Qistina color..punyer lah lama dia amik masa..pegang berbagai color pensil..hasilnya=OK lah untuk budak tiga tahun..hehe

bila dah siap, staff kat situ bagi Qistina satu goody bag, hadiah daripada stabilo, ade highlighter color hijau dan pen color hitam beserta dengan satu lukisan kecik ala-ala macam gambar kat atas yang belum diwarnakan lagi..dan tak lupa jugak buku panduan macam mana nak jadi seorang yang creative.. 

No comments:

Post a Comment