Friday, February 15, 2013

Barang-barang dari Medan, Indonesia

Salam semua..

Entry kali ni just nak share barang-barang yang dibeli masa kat Medan..Hahaha kalu pasal mengabihkan duit memang aku lah orangnya..Dah lah xpandai nak bargain sangat..Memang tak boleh lawan lah isteri bos..shopping tak hingat dunia..heaven giler tengok..haha.

Ni semua beli mase kat Kampung Tomok, Pulau Samosir..T-shirt kat atas tu untuk Farah, Ayu and tuk diri sendiri..Harga memang aku lupa sebab asik duk tawar menawar je plus nak convert ke Ringgit Malaysia lagi memang haru biru sket..haha..Mathematic dah lah lemah..Tapi T-shirt kat sana makin besar saiz dia makin mahal harga dia..tapi kain memang jenis yang tebal..memang selesa pakai lah.. T-shirt yang gambar kepala anak kucing besar tu untuk Baby and I Love Lake Toba tu tuk Qistina and Qaisarra..Tak dilupakan untuk encik suami tercinta..kemeja color brown tu harga mula-mula pekedai tu nak jual IDR 80,000-00.Kebetulan wife bos K Nurul lalu kat kedai tu dia cakap dia beli IDR 35,000-00. So pekedai tu sebab nak jugak suruh beli kat kedai dia, dia bagi IDR 30,000-00. Nasrul officemate beli kemeja yang sama tapi dengan harga IDR65,000-00..yea berjaya dapat harga murah..

Kemeja putih kononnya Armani tu harga dia RM50-00..tak rase rugi pon sebab kain dia tersangat-sangat lah lembut dan corak dia pun cantik..nice sangat..Kain yang macam songket tu RM30-00..beli saje dulu,tak tau nak wat ape ngan kain tu..nampak cantik dan takde kat Malaysia, tu yang beli..mungkin wat baju kurung tuk raya tahun ni kot..

Ni pulak aksesori tuk anak-anak..keychain botol tu mahal giler.. keychain guitar tu pon mahal.tapi takpelah sebab Baby nak bagi souvenir kat kawan-kawan sekolah dia.. Fridge magnet tu murah..rasenyer itu je design yang cantik..yang lain seme jenis  magnet yang melekat seketul kat belakang and hudoh pulak tu design dia..
Yang kayu tu sebenarnya ashtray..cantik tapi sayang giler bila sampai kat Malaysia tengok-tengok dah patah..huhu..Mainan tu pon beli kat Kampung Tomok, Pulau Samosir gak..last mase nak naik bot sempat lagi kena pow ngan Qistina dan Qaisarra..kalu tak beli kang menangis pulak..bawak lah ke hulur ke hilir menda alah tu sampai balik Malaysia..sampai ke hari ni:)

Baju yang ala-ala kaftan tu beli kat Toko Batik dan Telekung..tak tahu mahal ke tak.. harga dia IDR 75,000-00. Mase tengok patung pakai nampak macam cantik tapi bila sendiri pakai..aduyaii menyesal beli..huhu. T-shirt merah kat atas ni beli masa kat Pasar Ikan..Tuk Nuar..boleh pulak tengah2 sibuk beli kat Kampung Tomok tu terlupa dekat dia..tak beli karang rasa macam tak fair pulak..itu Qaisarra yang pilih..Baju kemeja color abu-abu tu untuk ayah..Sulaman dia cantik..harga pulak RM50-00..ok lah tu kot..

ini lah barang-barang yang sempat aku borong kat Pasar Ikan..Perghh penat sangat..dah lah panas..pastu penjual kat situ suka ikut kita..mentang2 lah aku bawak anak-anak,sampai ke dalam Pasar Ikan tu dia ikut..sambil duk unjuk belon kat anak-anak aku..paksa suruh ambik..hangin betol aku..dah lah panas,dengan masa shopping yang terhad,2jam je dengan Qaisarra nangis nak belon lagi..memang sangat tak tenang nak membeli belah..Telekung Baby pakai tu campur dengan telekung aku dengan mak IDR430,000-00.. aku tak tau mahal ke murah..kering tekak duk tawar menawar dan aku ni memang tak pandai sangat bab-bab tawar menawar ni..lucky Nana sekali dengan aku..dia yang banyak tolong tawar harga ni..dua pasang telekung tuk Qaisarra and Qistina harga dia IDR75,000-00.

Paten Tang-Tang and dodol tu beli kat Kedai nama dia Paten..Satu kotal tu IDR20,000-00. Kat kedai Paten tu dah terhabis IDR140,000-00.. Beli bagi kat jiran-jiran.Dodol dia sedap sangat.Tak manis sangat...Memang sesuai dengan citarasa Hubby dengan aku.

Inilah Bika Ambon..orang cakap Bika Zulaikha yang glemer kat Medan tapi kitorang tak pergi sana pon..Semua pakat order dengan pemandu pelancong, Pak Lilik..Satu bika tu dia jual IDR75,000-00..Kek Lapis pon harga macam tu..So aku beli lah satu kek lapis dan satu bika ambon..Boleh tahan lah rasanya..

Tapi bila balik Malaysia, mak Rayyan (dia orang Medan) cakap mahal sangat harga Bika and Kek Lapis tu..ade satu tempat kat Medan(tapi aku lupa dia bagitau kat mana) Bika dan Kek Lapis murah2 dan sedap..ayyooo..Tipah tertipu pulak..


Last pasal entry kali ni..kain tenun Medan..cantik.Ni bagi kat akak yang jaga anak and mak na(jiran sebelah rumah akak yang jaga anak)..IDR100,000-00 untuk 4helai..yang warna putih tu simpan untuk diri sendiri.. yang color merah bagi kat kakak office sebab dia tak ikut pergi..tak sabar nak pergi hantar jahit kain ni..wat baju kurung moden..tuk baju beli kain lace pon cantik..hahaha best2:)

Sunday, February 3, 2013

BerAkhirnya perjalanan di Medan

Selepas dah kenyang makan ayam penyet, anak-anak pun dah "melabur" kat Medan Mall tu kitorang pon bersia-siap lah nak pergi ke Medan Polinia Airport..Flight kitorang pada pukul 3.50 petang.So amatlah boring duk kat airport lelame..Orang pun tak ramai sangat..Nilah antara aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak sementara nak tunggu waktu pelepasan..Huhuhu sabor jelah








Aik sebelum datang Medan, rasa tak buncit sangat..awat kat gambar ni buncit semacam je..banyak makan makanan Minang kot kat Medan..ayat cover line..







Alhamdulillah dalam kol 5.50 petang kitorang sampai di Malaysia..perjalanan yang menyeronokkan dan memenatkan sebab jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain jauh, so memakan masa yang lama..Bagaimana pun kesempatan melihat sendiri keindahan Danau Toba satu pengalaman yang sangat-sangat sukar untuk aku lupakan..kalu dulu baca dalam buku Geografi je..Alhamdulillah dengan izin Allah boleh tengok sendiri kekuasaan Allah mencipta Danau Toba yang sangat indah..Melihat tempat orang sepanjang perjalanan ke Parapat dan Pulau Samosir membuatkan aku bersyukur dilahirkan di Malaysia..

Seronok, penat dan nak tido cepat-cepat kat rumah..Esok kerja weihh..aduh. Sambung cuti tak boleh ke Boss?

Trip to Medan- Day 3 (Istana Maimun-Pasar Ikan-Medan Mall)

Setelah breakfast, kami meneruskan lawatan kami ke Istana Maimun..Sedikit info pasal Istana ni, juga dikenali sebagai Istana Putri Hijau, merupakan istana kebesaran kerajaan Deli suatu masa dahulu..Istana ini didominasi dengan warna kuning iaitu warna kebesaran diraja kerajaan Melayu dan hijau yang melambangkan agama Islam. Pada awalnya, kesultanan ini menjangkau beribu hektar luasnya tetapi semakin lama semakin mengecil sehingga kini yang tinggal hanya kawasan istana ini sahaja.. Dikatakan Istana ini kini masih didiami oleh waris Kesultanan Deli..

Sepanjang lawatan, kami diberi taklimat oleh salah seorang waris Kesultanan Deli yang bercerita tentang Kesultanan Deli dan Istana serta menunjukkan gambar-gambar lama.. 



 Sesi bergambar kat tangga Istana...

 Cewaah masing-masing kusyuk mendengar penerangan..yang gambar blur tu lah waris Kesultanan Deli atau dikenali sebagai "Orang Tua".. masa time ni pulak gambar nak blur.Even nampak macam kusyuk tapi satu ape pon aku tak ingat penerangan dia tu..Mungkin sebab kat dalam tu panas ataupun otak aku dah sampai kat Pasar Ikan..Pada pendapat aku lah, kerajaan Indonesia patut mengambil inisiatif untuk membuat pemulihan Istana ni bagi mengekalkan nilai-nilai sejarah yang ada..Sayang lah,Istana ni cantik tapi pada aku Istana ni nampak kurang terjaga sikit..sayanglah kalu warisan sejarah macam ni hanya akan tinggal sejarah semata-mata....Sekadar pendapat..











Sesi bergambar beramai-ramai selepas habis taklimat..


FYI, sapa-sapa yang nak bergambar kat singgahsana ni boleh, free je.Aku tanpa melepaskan peluang, snap lah gambar kat sini anak beranak tuk wat kenang-kenangan.. Tapi kalu sapa-sapa yang berminat untuk merasa jadi Sultan sekejap, boleh lah sewa baju kat sini..Ada caj dikenakan tapi tak ingat berapa.. Nanti akan ada orang yang tolong pakaikan baju.. Tengok lah Si Nasrul ni.. semangat giler nak try baju tu..Nak jadi raja sehari lambat lagi (kot), jadi raja tuk sekejap pun ok lah..Tu dalam almari banyak lagi baju-baju yang menanti untuk disewakan.. Tapi kalu tengok dari segi pemakaian, tak de beza pun antara Sultan Deli dengan Sultan-Sultan kat Tanah Melayu dulu..same je design diorang..Sebab tulah kita dengan Indonesia orang panggil serumpun.. 


Tu dia.. Sultan Nasrul..boleh ganti Sultan Mahmud mangkat dijulang dah..


Dah habis sesi melawat Istana Maimun..On the way ke parking bas..Sekali ternampak K Sura melambai-lambai kitorang..Kain tenun murah-murah..dah siap jahit..Cantik. 4helai IDR100,000-00.Tu dia, gelap mata jap tengok..cantik-cantik.Boleh bagi kat jiran-jiran..Terbeli pulak 4helai..hehehe..Aduyaii belum sampai Pasar Ikan lagi ni.. 



Hah tuu dia Alia, si Pengantin Baru ni, siap wat turun bawah stok kain tenun orang tu..Nak pilih yang cantik-cantik punyer pasal sebab yang kat atas yang cantik-cantik semua dah pakat sapu..tinggal warna-warna yang tak cun je..hehe.Kat sini lah pepatah Melayu yang berbunyi siapa cepat dia dapat perlu diaplikasikan dalam kehidupan..yea aku dapat color yang aku nak..best2

Ke Pasar Ikan pulak kita.. Pasar ni takde jual ikan pun..semua pakat jual kain je..ade kain pasang, kain renda, telekung, kain pelekat..kalu bawak duit banyak and tak bawak anak-anak kecik atau bawak anak tapi ada orang lain yang tolong jaga memang heaven giler lah...tapi panas giler..plus tensen giler dengan penjual-penjual barang-barang mainan..Dia ikut je kat mana kita pergi sambil duk hulur2 barang mainan kat anak-anak..Tensen giler, nak pilih barang pun tak tenang, anak nangis nak barang mainan,kita nak tawar menawar barang pun tak kusyuk..aku memang sampai ke sudah tak beli pun barang mainan tu..bukan barang mainan ape..balloon..nak bawak gi mari balloon tu..agak-agak lah wei..Qaisarra memang melalak lah sebab dia ingat orang tu nak bagi free..duk bagi kat tangan dia,mama dia bagi balik kat orang tu..mesti dia pelik.Nasib baik Qistina tak wat hal sebab Nana awal-awal dah bagitau dia, orang jual tu orang jahat, jangan amik barang kalu dia bagi and dia paham..to penjual mainan tu, sorry lah sebab address awak macam tu kat Qistina..tu je cara nak elakkan dari beli balloon-balloon awak tu.  






Nilah keadaan kat Pasar Ikan..memang susah jugak nak tawar menawar kat sini..Pada aku harga dia lebih kurang je dengan harga kat Malaysia..cuma kalu pandai tawar menawar memang lah boleh dapat murah..Aku memang tak pandai..Lagi satu malas nak tertegang urat leher nak tawar menawar ni..Bagi satu harga kalu diorang tak bagi..dah blah pergi kedai pulak..Luckily Nana ada dengan aku..dia yang banyak duk tawar menawar tu..Tq Nana

Kalu nak tengok barang-barang yang aku beli kat Pasar Ikan, boleh lah gi ke entry seterusnya Barang-Barang dari Medan.

Selepas sejam setengah kat Pasar Ikan, Pak Lilit bawak kitorang ke Medan Mall for lunch..Makan ayam penyet..hahaha.Makanan feberet aku tu..Kebetulan hari kitorang pergi tu Medan Mall ada wat sale sempena Chinese New Year, memang murah-murah giler..ada baju budak-budak harga dia RM5-00 je after less..Cantik pulak tu..tapi memang tak beli apa-apa pun kat sini sebab duit memang dah takde..hahaha..teruk betol lah..






 Tu dia kakak...banyak giler makan..memang feberet dia makan nasi dengan sup..


Saturday, February 2, 2013

Trip to Medan,Hari Ke-2

Pagi hari ke-2, sepatutnya kol 6.30 aktiviti bersepeda( mengayuh basikal sambil ber'spender') ronda2 melihat kawasan bagi sesiapa yang berminat, tapi aku difahamkan yang aktiviti tu terpaksa dibatalkan sebab xde sambutan. Mungkin masing- masing tido kepenatan.. Dah lah sejuk giler.. Tapi Nana dengan K Nurul cakap malam tadi panas, diorang tak boleh nak tido, kol 4.30 pagi K Nurul bangun mandi sebab panas..Aku taknak pesongkan otak aku yang suci murni ni..betol kot mandi sebab panas.Hahaha tak tau lah kan.. Aku ok je. Siap selimut satu badan lagi.. Tapi bilik kitorang memang takde kipas, aircond apatah lagi. Sebab kawasan tu sejuk semulajadi katanyer.. Tapi bilik kitorang tu kat tempat tinggi.. Nak naik bilik memang boleh semput lh.. Banyak giler anak tangga..nak naik bilik macam nak gi mendaki bukit pulak..

Lupa pulak nak cerita aktiviti malam, pas solat Maghrib aku bawak Qistina dan Qaisarra ikut Zura, K Sura, Alia dan Linda pergi karaoke.. Tapi xabis satu lagu pon aku dah bosan, anak-anak pon xsuka, so kitorang balik lepak bilik je.. Dah lah semua lagu indon je.. Sound sistem dia pon tak best.. Balik tengok sinetron lagi best.. Kuikui.Baby pulak ikut anak-anak bos dan bos jalan-jalan ronda kawasan. 

Selepas breakfast dan check out kitorang pon pakat-pakat bergambar sementara bot datang.. Mee goreng diorang sedap lah..x macam mee kt Malaysia.. Mee dia ala-ala mee lidi sikit.Breakfast kat hotel tu style buffet. Ade mee goreng, nasi goreng, toast bread and telur mata kerbau..






Inilah tangga menuju bilik kitorang..tapi jangan risau. Beg porter yang tolong wat naik kat bilik..Masa nak balik pon macam tu..Diorang tolong angkat sampai ke bot..Tapi harus ada upahnya..Masa diorang hantar beg kat bilik,Pak Lilit masa kitorang tengah dinner dah pesan suruh bagi tip sikit. IDR 1000.00 pun dah cukup..Tapi kalu convert baru RM0.31..macam tak sampai hati je..So aku bagi lah IDR 7000.00.tu pun rasa macam tak berbaloi, kesian kot nak angkat beg yang berat giler, nak mendaki tangga lagi.. tapi tu je duit kecik yang ada..
Qaisarra moody tak nak breakfast..Nak tengok air dulu..Bawak lah tengok air dulu.. Bergambar sikit pastu baru tak moody..boleh lah pergi breakfast..Nasib kakak tak moody..elok je breakfast..Risau jugak sebab bangun awal. Haruslah anak-anak moody sebab tak cukup tido..

Yea-yea budak gemuk ni sudah senyum..Mama pun tak tension lagi bila tengok dia dah senyum:)

Sesi bergambar beramai-ramai...













Dah selesai sesi bergambar, perjalanan di teruskan ke Kampung Tomok. Perjalanan memakan masa 15minit je. Kat Kampung Tomok tu ade kubur Batak King atau dikenali sebagai Raja Sidabutar.. Makam ni dianggap suci oleh oleh kaum Batak.Nak citer banyak pun tak boleh sebab aku tak ikut tengok makam Raja ni sebab Qaisarra demam. Takut jadi apa-apa susah pulak nanti. Yang aku tau kalu nak masuk kat sini kena pakai ulos atau selendang kat bahu sebagai tanda menghormati makam Raja diorang..tapi ulos ni free. Dengar nama Kaum Batak pon dah rase seram sejuk.. Weii makan orang kot diorang ni.. Sekali dia ngap wat BBQ ke abis lah kitorang.. Tapi tu dulu, sekarang diorang dah tak makan orang. dah..













Setelah sejam setengah shopping yang mane patut, kitorang pon kembali ke bot dan meneruskan perjalanan selama 45minit ke jeti di mana bas sudah sedia tuk bawak kami ke Medan.. Huhu. Bersedia tuk tempoh perjalanan 6jam lagi..Aduyai

Dalam perjalanan balik ke jeti, kami dihiburkan dengan nyanyian dua orang budak lelaki..aku agak budak-budak ni dari golongan kaum Batak..Tahap konfiden diorang memang sangat-sangat tinggi..siap dapat request lagi suruh nyanyi lagu poco-poco..tapi bukan free..harus ada upahnya..lame jugak lah diorang nyanyi..aku siap rakam video diorang tapi tak tau camne nak upload video tu...kesian tak..anak-anak aku suka benor dengar lagu nyanyian diorang..siap duk ulang-ulang lagi sampai aku rase dah boleh ikut dah lagu diorang tu..silap2 kalu aku g Danau Toba lagi...aku pulak boleh nyanyi lagu tu tuk tourist lain..hehe