Selepas dah kenyang makan ayam penyet, anak-anak pun dah "melabur" kat Medan Mall tu kitorang pon bersia-siap lah nak pergi ke Medan Polinia Airport..Flight kitorang pada pukul 3.50 petang.So amatlah boring duk kat airport lelame..Orang pun tak ramai sangat..Nilah antara aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak sementara nak tunggu waktu pelepasan..Huhuhu sabor jelah
Aik sebelum datang Medan, rasa tak buncit sangat..awat kat gambar ni buncit semacam je..banyak makan makanan Minang kot kat Medan..ayat cover line..
Alhamdulillah dalam kol 5.50 petang kitorang sampai di Malaysia..perjalanan yang menyeronokkan dan memenatkan sebab jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain jauh, so memakan masa yang lama..Bagaimana pun kesempatan melihat sendiri keindahan Danau Toba satu pengalaman yang sangat-sangat sukar untuk aku lupakan..kalu dulu baca dalam buku Geografi je..Alhamdulillah dengan izin Allah boleh tengok sendiri kekuasaan Allah mencipta Danau Toba yang sangat indah..Melihat tempat orang sepanjang perjalanan ke Parapat dan Pulau Samosir membuatkan aku bersyukur dilahirkan di Malaysia..
Seronok, penat dan nak tido cepat-cepat kat rumah..Esok kerja weihh..aduh. Sambung cuti tak boleh ke Boss?








No comments:
Post a Comment