Sunday, March 31, 2013

Simpanan KWSP boleh digunakan untuk menunaikan Haji...Betul ke?

Awal tahun hari tu terdengar ura-ura yang simpanan KWSP boleh digunakan untuk menunaikan haji..Wahh satu berita gembira untuk pekerja swasta macam aku..Yelah nak harapkan duit simpanan kat Tabung Haji tak tau lah tahun bila boleh pergi Haji..Ini untuk orang yang tak berdisiplin dalam pengurusan duit macam aku je..hehe.Tapi betul ke sebab simpanan KWSP itulah penyelamat untuk pekerja swasta bila dah sampai umur bersara nanti..kitorang mana lah nak ada duit pencen..huhu..( rezeki Allah ada di mana-mana, mungkin selepas bersara kita akan ada rezeki lain pulak, tapi ini secara umumnya je). Itulah dulu taknak belajar pandai-pandai..kalau tak dah boleh masuk kerja kerajaan..

Hari tu ada terbaca yang KWSP ada menyediakan dua kemudahan dalam urusan menunai haji..

Yang Pertama- pengeluaran secara langsung dari Akaun ke-2 untuk menampung sebahagian kos menunaikan haji.

Yang Kedua- Membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu memdepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300-00 dalam akaun Tabung Haji..

Menarik kan...

Okay perbezaan ketara antara kemudahan pertama dan kedua adalah dari segi pengeluaran.

Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP kerana kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi giliran mengerjakan haji dan bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh ahli KWSP yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini ialah:-


  1. Beragama Islam (sudah tentulah kan) dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji..Ahli yang tidak mempunyai akaun Tabung Haji boleh membukanya dengan deposit minima RM2-00.
  2. Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap;
  3. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300-00; dan
  4. Belum mencapai umur 55tahun.
Untuk mendaftar ahli KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam dan bawa bersama semasa pendaftaran hanyalah MyKad & Penyata ahli KWSP.

Pendaftaran cuma boleh dibuat atas nama individu ahli berkenaan sahaja, pendaftaran bagi pasangan (suami atau isteri), ibu bapa atau anak-anak adalah TIDAK BOLEH sama sekali.

FYI, prinsip pemergian Haji di negara kita masih tertakluk kepada sistem giliran yang sudah ditentukan oleh Tabung Haji..Maknanya kemudahan ini bukanlah "SHORT CUT" supaya kita boleh menunaikan ibadah Haji dengan lebih cepat.

Jika terdapat ahli yang telah mendaftar Haji dibawah prosedur Tabung Haji, mereka boleh menukarkannya kepada kemudahan pendaftaran Haji Ahli KWSP tetapi tahun peruntukan Haji kekal seperti sedia ada.
Manakala wang pendaftaran minima sebelum ini akan dicairkan tetapi pertukaran ini hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.

Persoalannya bolehkah ahli mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah Haji?

Jawapannya adalah "TIDAK BOLEH" kerana simpanan KWSP adalah simpanan persaraan.

Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah berkunjung ke laman web myEPF di www.kwsp.gov.my  atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

Friday, March 29, 2013

Anak Enggan Makan..

Pening kepala bila anak enggan makan atau hanya nak makan makanan tertentu sahaja..Contoh Qistina,Ya Allah sangat lah susah nak makan..kadang-kadang ikut je kerenah dia, nak makan nasi taknak kuah, taknak sayur , taknak ikan, taknak ayam...ikut je..bagi je dia makan nasi tapi slow-slow pujuk dia suruh makan ayam sikit, ikan sikit..kadang-kadang risau sangat ntah cukup ntah tak zat yang dia perlukan untuk tumbesaran kalu gitu cara makannya..tapi kalu bagi spagetti..mushroom soup memang berdesup lah dia habiskan..tapi takkan ari2 nak bagi makan spagetti ngan mushroom soup..

tapi pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa kalau anak kurang makan tak bermakna anak kita kurus dan tak sihat.Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi memang bertubuh kecil tetapi bukanlah bermakna kanak-kanak tersebut kekurangan berat badan dan zat..Manakala kanak-kanak yang dilahirkan bertubuh agak besar menunjukkan yang mereka cukup zat makanan. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak tidak melambangkan tahap kesihatannya..Sebenarnya kuantiti makanan yang diambil oleh seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain adalah berbeza.

Sekiranya anak kita mempunyai banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat walaupun hanya makan sedikit dan bertubuh agak kecil..Tetapi jika berat badan anak tidak naik dan dia kelihatan tidak sihat, maka sesuatu perlu dilakukan.

Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal..Sebagai ibu bapa kita haruslah mengambil berat soal pemakanan anak-anak. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak kita,Nauzubillah bawalah berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya.

Jika anak enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang ceria..Pada masa yang sama pelbagaikan menu dan cara sajian mereka.. Tetapi harus diingat kepelbagaian menu masakan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesan tubuh dan perkembangan minda anak tidak terjejas. Apa yang penting walaupun kuantiti makanan yang diambil oleh anak sedikit tetapi ia mestilah berkhasiat..Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.

Panduan menggalakkan anak makan:-

a)   Beri anak makan dalam keadaan yang tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia tak nak makan..

b)  Sediakan sendiri makanan untuk anak dan bukan dibeli di restoren makanan segera atau kedai-kedai makan yang belum tentu tahap kebersihannya. Teng3x..memang sekarang tengah cuba untuk masak sendiri pas waktu kerja untuk anak-anak makan..Memang tersangat lah susah bagi aku sebab kadang-kadang rasa tak berbaloi masak. Yamg makan hanya untuk kami bertiga je kadang-kadang berdua ngan Qaisarra. Sah-sah abah diorang balik dari restoren dah tak makan..Tapi harus mencuba sebab practice makes perfect..kata omputih

c)  Sesibuk mana pun korang, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan sebab anak-anak akan berselera kalu makan beramai-ramai.

d)  Rehatkan anak daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan..

Done...

Saturday, March 2, 2013

Trip to Medan from Lake Toba

Perjalanan diteruskan.. Sebelum tu kitorang singgah makan di Restaurant Istana Minang I. Hahaha.. Makanan minang lagi.. Makan jelah. Rezeki tu..yang aku suka sambal diorang, sedap giler, nak2 cicah pulak dengan pucuk ubi kayu rebus.. Memang mantop.kalu pergi indon wajib minum teh botol tau.. Baru lah feel sinetron tu datang.. Pas makan- makan Pak Lilit bawak kitorang ke Permatang Siantar..Kat situ ade satu kedai jajan, name kedai tu Paten..kedai ni menjual pelbagai jenis keropok tempatan..Even Bepang pon ada jual jugak kat sini tapi aku tak tau nama dia ape..Kalau kat Terengganu, negeri tercinta, kitorang memang panggil Bepang. Kat Key Ell kau tak tau orang panggil ape..Jajan diorang tu nama pelik-pelik... tang-tang, ting-ting, tung-tung, ping-ping.. Aku pon tak tahu nape nama makanan tu macam tu.. Comel kan. Masa kitorang search kat Internet pasal Medan, banyak jugak blogger cerita pasal Jajan ni... Bila dah sampai sendiri kat sana rugi lah tak rasa kan.. Dah orang bagi rasa, rasa jelah sebanyak mana pon nak rase.. Yang penting makanan ni semua halal.. Best-best jugak jajan- jajan ni.. Dodol dia pon best.. Dah kuor duit lagi kat situ.. Kalu nak tengok rupa Tang-Tang, Ting-Ting, Ping-Ping boleh lah pergi tengok kat Barang-Barang dari Medan, Indonesia..huhu dalam hati dah risau cukup ke tak duit nak shopping kat Pasar Ikan sok ni..pas selesai menghabiskan duit dan merasa jajan- jajan tu semua, kitorang terus ke Hotel Grand Antares, Medan.. Dah tak singgah mane2 dah. Sepanjang perjalanan tu, anak bos, Luqman duk bukak dvd ultraman gaia.. Salah eja ke Gaia tu sebab dah lama tak tengok ultraman, tak ingat dah camne spelling yang betol dia.. Tapi pelik lah ultraman sekarang tak macam zaman aku dulu.. Zaman dulu ultraman ada sorang je, ni ada dua orang.. Sorang ultraman muda and sorang ultraman tua. Bila ultraman muda dah takde kuasa, mesti ultraman tua datang tolong.. Pastu tengok dvd final destination 1, pastu sebab ganas, bos pasang cd citer barbie pulak sebab Kiki anak en Zairul nak tengok.. Huhu..Sepanjang perjalanan duk tengok DVD je.. Ok jugak sebenarnya, tak lah bosan sangat. 





Kol 5.30 waktu Medan kitorang pon sampai ke hotel Grand Antares.. Yesss.. Nampak macam best.. Masuk kat reception siap ade welcome drink lagi.. Bukan sirap tau tapi strawberi and honeydew syrup...Alhamdulillah sejuk tekak, hilang dahaga jap.Mau tak hilang dahaga bukan segelas, bergelas-gelas minum.hehe..Yummy.Segala urusan check- in diuruskan oleh Pak Lilit dan K Sura..Kitorang masa tu bz sangat meng'update' facebook sebab dah sehari suntuk masa kat Danau Toba tak dapat line..Semua pakat nak update status, mana yang nak upload gambar..memang bz sangat masa tu..hahaha.

Tapi yang geramnya masa kat kaunter reception je dapat online, bila dah masuk bilik tak dapat nak bukak Facebook pun..Even Wi-Fi ada je..Ngok Ngek betol lah..



Ni gambar masa kat lobby hotel..





Tadaa nilah bilik kitorang..tapi kejap je macam ni..15minit lepas tu pekerja hotel datang bawak single bed tuk anak-anak. Walaupun TV tu TV biasa, tapi banyak channel tau..Kitorang anak beranak sempat lah layan HBO jap sebelum keluar dinner kat cafe house kat bawah..Cafe house dia nama ASTRO..Astro kenapa tak Bistro erk..Astro kalu kat Malaysia siaran TV berbayar tau...


Bilik air dia ada bath-up tau..Anak-anak bukan main suka lagi..hahaha jakun pulak anak-anak aku ni..ingat pool kot..Mandi lama giler..siap wat buih sabun lagi and sekali mandi (pada petang tu sahaja) mereka berjaya menghabiskan satu botol shower..huhuhu.. Syabas betee..terpaksa lah mamanya mandi pakai sabun ketul yang tak berapa nak berbuih sangat tu..

Selepas selesai upacara mandi sambil berpesta buih, anak-anak wat pesta makan manggi cup pulak.Sampai termuntah-muntah Qaisarra makan banyak sangat manggi..Kalu kat Malaysia, aku memang tak bagi diorang makan manggi tapi kesian pulak sebab perjalanan nak sampai Medan memang jauh, makan pun sekali je,memang lah ade makan roti tapi mana nak kenyang sangat..tu yang aku redha je tu.. Pas solat Maghrib, Nana datang ajak pergi dinner kat cafe house..Tadaa inilah rupa cafe Astro tu..Best kat cafe ni sebab ada nasi putih and variety of lauk pauk..ade dessert dan yang paling best bukan makanan Minang.yea...Alhamdulillah kat cafe ni ada menyediakan sup..even sup sayur yang memang sah-sah akan direject oleh anak-anak, tapi bila diasingkan sup dengan sayur, diorang hirup jugak lah berselang seli dengan nasi..Keropok pon ada, buah-buahan pun ada diorang sediakan..So banyak jugak lah anak-anak makan..









Selepas makan, aku dah tak tau nak buat ape.Nak berjalan-jalan susah pulak ada anak-anak.. nak melintas jalan kat sana dah lah susah giler.Diorang berani mati punyer bawak kenderaan..Kadang-kadang aku rasa tak payah pasang traffic light pun takpe sebab diorang tak ikut pun..Budak-budak bujang pergi lah jalan-jalan ambik angin..tengok suasana kat Medan pada waktu malam.. ada yang berjalan kaki sampai ke Merdaka Walk tempat budak-budak remaja diorang hang out.. Nasrul dengan Azran cakap awek kat Merdeka Walk tu cun-cun, macam kat dalam Sinetron..diorang tu kalu lampu jalan pakai make-up ngan skirt pun nampak macam pelakon Sinetron jugak kot. Last-last aku decide nak pergi massange kat dalam hotel tu je..Dah alang-alang sampai Indon, rugi lah kalu tak gi massage kan..Perghh best giler..Memang terbaik lah dia punyer urut tu..siap naik kat atas belakang lagi..Bayaran dia IDR 110,000-00 untuk sejam dan urut ni untuk satu badan tau. Murah kan...Kalu kita mintak dia datang bilik, just call extention diorang and diorang akan caj IDR150,000-00..