Awal tahun hari tu terdengar ura-ura yang simpanan KWSP boleh digunakan untuk menunaikan haji..Wahh satu berita gembira untuk pekerja swasta macam aku..Yelah nak harapkan duit simpanan kat Tabung Haji tak tau lah tahun bila boleh pergi Haji..Ini untuk orang yang tak berdisiplin dalam pengurusan duit macam aku je..hehe.Tapi betul ke sebab simpanan KWSP itulah penyelamat untuk pekerja swasta bila dah sampai umur bersara nanti..kitorang mana lah nak ada duit pencen..huhu..( rezeki Allah ada di mana-mana, mungkin selepas bersara kita akan ada rezeki lain pulak, tapi ini secara umumnya je). Itulah dulu taknak belajar pandai-pandai..kalau tak dah boleh masuk kerja kerajaan..
Hari tu ada terbaca yang KWSP ada menyediakan dua kemudahan dalam urusan menunai haji..
Yang Pertama- pengeluaran secara langsung dari Akaun ke-2 untuk menampung sebahagian kos menunaikan haji.
Yang Kedua- Membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu memdepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300-00 dalam akaun Tabung Haji..
Menarik kan...
Okay perbezaan ketara antara kemudahan pertama dan kedua adalah dari segi pengeluaran.
Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KWSP kerana kemudahan ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi giliran mengerjakan haji dan bukan bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh ahli KWSP yang berminat untuk menggunakan kemudahan ini ialah:-
- Beragama Islam (sudah tentulah kan) dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji..Ahli yang tidak mempunyai akaun Tabung Haji boleh membukanya dengan deposit minima RM2-00.
- Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap;
- Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300-00; dan
- Belum mencapai umur 55tahun.
Untuk mendaftar ahli KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam dan bawa bersama semasa pendaftaran hanyalah MyKad & Penyata ahli KWSP.
Pendaftaran cuma boleh dibuat atas nama individu ahli berkenaan sahaja, pendaftaran bagi pasangan (suami atau isteri), ibu bapa atau anak-anak adalah TIDAK BOLEH sama sekali.
FYI, prinsip pemergian Haji di negara kita masih tertakluk kepada sistem giliran yang sudah ditentukan oleh Tabung Haji..Maknanya kemudahan ini bukanlah "SHORT CUT" supaya kita boleh menunaikan ibadah Haji dengan lebih cepat.
Jika terdapat ahli yang telah mendaftar Haji dibawah prosedur Tabung Haji, mereka boleh menukarkannya kepada kemudahan pendaftaran Haji Ahli KWSP tetapi tahun peruntukan Haji kekal seperti sedia ada.
Manakala wang pendaftaran minima sebelum ini akan dicairkan tetapi pertukaran ini hanya boleh dilakukan di mana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.
Persoalannya bolehkah ahli mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah Haji?
Jawapannya adalah "TIDAK BOLEH" kerana simpanan KWSP adalah simpanan persaraan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah berkunjung ke laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.
No comments:
Post a Comment