Salam semua..
Entry kali ni nak citer pasal persiapan untuk sambutan birthday anak-anak..Dah lama hati teringin nak wat goody bag sendiri..tengok macam best je kenkawan buat untuk anak memasing.Niat hati nak bagi apam polkadot untuk tetamu yang datang..letak dalam packaging macam kat bawah tu and letak je dalam goodies bag..tapi sayang seribu kali sayang..niat hanya tinggal niat. Hari jumaat balik keje tu sepatutnya jumpa penjual apam polkadot kat Ampang Point, pas Maghrib mesej dia cakap dah nak sampai kat tempat yang dijanjikan, penjual tu senyap je, tetiba dapat sms daripada penjual bagitau mintak maaf sebab dia tak dapat nak siapkan order, suami dia accident petang tu kat Bangi..kesian memang kesian tapi sepatutnya si penjual tersebut patut maklumkan terlebih awal so boleh buat plan lain..masa tu memang rasa panasss je sebab order tu dah dua minggu awal sebelum tarikh majlis..ok takpe..tak de rezki nak berurus niaga dengan dia..Alhamdulillah apam Polkadot untuk makan kat majlis ade sebab tempah dengan orang lain.Makcik tu bagi berlebih-lebih lagi daripada jumlah order.Alhamdulillah rezeki orang ramai..
So terpaksa tukar Plan lain, dah alang-alang berenti kat Ampang Point, singgah lah Giant..nampak biskut ni..macam comel je..macam cute je..beli jelah biskut ni...terbeli sikit pulak..nasib baik kedai kat rumah pon ade jual biskut ni..tu pun selepas carik kat beberapa buah kedai jugak lah baru jumpa..gigih tak kat situ..Nampak tak ade budak tolong makan kat pic bawah ni..orang sibuk membungkus..dia sibuk makan.hehe..Masa kat Giant tu beli sekali fruity puding dan swiss roll untuk letak sekali dalam goodies bag tu..tak dilupakan keychain teddy bear..kebetulan Syarikat Bunga Reben Sdn Bhd, Jalan Tar ade wat promotion..so mintak tolong Farah Wahida belikan keychain teddy bear and goodies bag kat sana jer..murah dan sangat berbaloi..Even pembungkus biskut tu pun beli kat Syarikat Bunga Reben Sdn Bhd..tapi yang kat dalam Ampang Point je..kata last minute punyer plan kan..nasib ade. Malam tu gigih lah siapkan goodies bag tu..nasib baik Bb balik rumah malam tu..so Mama dengan Bb dan si manis berdua tu gigih menyiapkan goodies bag..Memang semangat waja betol empat beranak siapkan goodies bag tersebut..Aku pukul 4.30 pagi baru tidur..itu pon ade yang tak siap lagi..tahun depan kalu ade rezeki lebih, kena siapkan awal-awal.

Tadaa inilah rupa goodies bag yang kitorang gigih duk wat tu..
Tema dan Perhiasan..
Semua beli online je..mane ade masa nak wat semua ni..aku pun bukannya kreatif dan berseni orangnya..so bagi credit to Gifts Comel 4 U..memang senang berurusan dengan diorang..pilih pakej yang kita nak..diorang siapkan then email kat kita, if kita approved,so diorang akan bagi berapa charges kena bayar..pastu diorang post..as simple as that je..kerja diorang pun cantik dan memuaskan..So, Banner, Board + stand, scallop sticker and photo props semua order dengan diorang je..
Birthday Cake
Pada hari kejadian, ada dua kek yang dipotong. Kek pertama tentulah kek Qistina dan Sarra. Kek kedua pula bagi menyambut hari jadi Batan yang kebetulan jatuh pada bulan September jugak. Terlanjur sambut birthday anak-anak manis, kami celebrate lah sekali birthday Batan.
Kek anak-anak manis, aku order online dengan Lildaisy Cuppcakes II. Korang boleh refer fb diorang kalu nak cuci-cuci mata dan nak order. Boleh walk in jugak ke kedai diorang di Axis Atrium. Rasa kek dia memang sedap dan aku boleh katakan yang harganya pon sangat berpatutan. . Aku kenal owner kedai cake ni pon dari officemate aku, Nasrul sebab dia selalu
order cake and cupcakes kat situ. Lagi satu kek pon beli kat situ tapi flavour chocolate..Harap Batan suka chocolate cake...
Bila tiba hari kejadian, tiup belon, hias belon, ikat banner semua pekerja abahnya yang buat..Kita tinggal bagi arahan jer..best kan? Alhamdulillah senang sikit kerja..credit to pekerja Al Maida Restaurant, Kampung Baru yang rajin dan sangat membantu..
Okeh, that's for persiapan punya part. Jap lagi kalau aku rajin, aku update pulak kisah di hari kejadian































No comments:
Post a Comment