Saturday, September 7, 2013

Ketibaan para tetamu..

Salam semua..

Aduh rasanya dah lama giler tak update blog..lama sesangat..nak citer pasal birthday anak-anak..macam dah basi je.tapi nak citer jugak.sebelum ni terlampau banyak komitmen keje ngan rumah tangga,tu yang tak sempat nak meng'updet..

Tanggal 7.8.2013 ari tu genaplah umur Sarra 3tahun.Qistina pulak pada 2.9.2013 genaplah 4tahun. Sekejap jer rasa..Semoga anak-anak mama menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat,diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga anak-anak manis mama menjadi saham untuk mama dan Abah di akhirat kelak.

Untuk si manis Qistina, takmo cengeng2 tau..kurangkan sikit tengok kartun tu tau..kurangkan jugak peel suka merajuk lari dalam bilik tu.. 


Untuk si manja Sarra, takmo garang2 dengan kakak tau..






Disebabkan birthday diorang beza tak sampai sebulan, so kitorang decide nak celebrate sekali on 7.9.2013 kat restoren abah diorang je..Al Maida Kampung Baru..Jimat duit, masa dan tenaga walaupun masa tu belum ade lagi saranan daripada pemimpin supaya rakyat berjimat cermat..Belum ada ura-ura kenaikan harga minyak,barang, tol dan sebagainya..oppsss di situ.Bagus tak kitorang?hehe

Gambar-gambar kat bawah ni sebelum ketibaan para tetamu..






Si cantik manis ni Ayu, cantik sangat dress and tudung hari tu..Suka k hajar tengok..
Ok selepas solat Maghrib sebahagian tetamu dah sampai..Lepak-lepak kat bawah dulu sambil borak-borak sementara para pekerja tengah siapkan buffet..





Ni semua pic mak-mak sedara, pak-pak sedara, sepupu sepapat Qistina dan Qaisarra belah abah dia..
 
Yang pakai tudung pink tu my roomate with her husband..tengah pregnant masa tu..rasa macam dah tua je..dulu masa aku final year,dia baru second year..sekarang dah nak dapat baby dah..Lama giler kitorang tak jumpa..hampir 4tahun..ooohh jejak kasih sungguh..dua lagi roomate xdapat datang sebab masing2 tak larat,memasing tengah peknen..Sherry dan Ain..Nawal pulak masa tu kat Kedah..kalu tak boleh wat reunion malam tu...







Borak punyer borak, tadaa makanan dah siap hidang..tapi majlis tak start terus sebab sebahagian tetamu tak sampai lagi..biasa lah KL, petang2 sokmo jammed..tambah2 plak petang tu hujan..so terima kasih banyak2 kepada tetamu yang sampai awal, kesabaran anda amatlah kami hargai..cheewah..Sebab abahnya berniaga makanan Arab, malam tu inilah antara hidangan yang mampu kami sajikan buat tetamu yang hadir..Harap-harap semua berpuas hati..














Tok Mat Dragon bosan kot..lambat no majlis nak mula.hehe


Customer tetap Al Maida Restaurant, terima kasih kerana sudi datang..


K Yah yang banyak membantu dalam proses tumbesaran anak-anak manis ni.Daripada Qistina 6bulan dan adik dari tempoh habis pantang sampai sekarang.Alhamdulillah..




Wan yang sudi datang walaupun keadaan kesihatan yang tak berapa baik..Terima kasih, anak-anak manis selalu lepak rumah Wan ni..

Saat yang ditunggu-tunggu...

Yeay..saat yang ditunggu2 oleh Nisya dan Sarra pun tiba..dari petang lagi mulut duk pok pek pok pek bercerita pasal nak tiup lilin..selama ni asyik tengok orang je tiup lilin..Cantik tak lilin? Mamanya sangat teruja bila nampak lilin tu kat Memory Lane..RM21 hinggit kot 3 batang tu..macam mahal je..lagipun lilin je...bukan boleh makan pun..tapi mama dia nak jugak..kuikui..Macam masuk je dengan kek kann...

Supposely, time ni Sarra yang tiup lilin tapi si Nisya ni interframe pulak..Dia nak tiup sesama pulak..Okaylah..tiup jelah sesama..


Tup-tup bila tiba time Nisya,dia nak tiup sensorang pulak..tak nak adik join sekali.aduyaii..tahun depan kena ada dua kek lah nampaknya..baru lah fair and square..ingat sebab kek ni dah besar tu yang buat satu kek je..macam kedekut pulak rase..hehehe








                 Our happy family..

Nampak tak kat sini sapa yang terlebih excited..apsal pulak pic ni macam aku terlebih pakai bedak..



                                                                                      Love you mak..

Friday, September 6, 2013

Persiapan..

Salam semua..

Entry kali ni nak citer pasal persiapan untuk sambutan birthday anak-anak..Dah lama hati teringin nak wat goody bag sendiri..tengok macam best je kenkawan buat untuk anak memasing.Niat hati nak bagi apam polkadot untuk tetamu yang datang..letak dalam packaging macam kat bawah tu and letak je dalam goodies bag..tapi sayang seribu kali sayang..niat hanya tinggal niat. Hari jumaat balik keje tu sepatutnya jumpa penjual apam polkadot kat Ampang Point, pas Maghrib mesej dia cakap dah nak sampai kat tempat yang dijanjikan, penjual tu senyap je, tetiba dapat sms daripada penjual bagitau mintak maaf sebab dia tak dapat nak siapkan order, suami dia accident petang tu kat Bangi..kesian memang kesian tapi sepatutnya si penjual tersebut patut maklumkan terlebih awal so boleh buat plan lain..masa tu memang rasa panasss je sebab order tu dah dua minggu awal sebelum tarikh majlis..ok takpe..tak de rezki nak berurus niaga dengan dia..Alhamdulillah apam Polkadot untuk makan kat majlis ade sebab tempah dengan orang lain.Makcik tu bagi berlebih-lebih lagi daripada jumlah order.Alhamdulillah rezeki orang ramai..



So terpaksa tukar Plan lain, dah alang-alang berenti kat Ampang Point, singgah lah Giant..nampak biskut ni..macam comel je..macam cute je..beli jelah biskut ni...terbeli sikit pulak..nasib baik kedai kat rumah pon ade jual biskut ni..tu pun selepas carik kat beberapa buah kedai jugak lah baru jumpa..gigih tak kat situ..Nampak tak ade budak tolong makan kat pic bawah ni..orang sibuk membungkus..dia sibuk makan.hehe..Masa kat Giant tu beli sekali fruity puding dan swiss roll untuk letak sekali dalam goodies bag tu..tak dilupakan keychain teddy bear..kebetulan Syarikat Bunga Reben Sdn Bhd, Jalan Tar ade wat promotion..so mintak tolong Farah Wahida belikan keychain teddy bear and goodies bag kat sana jer..murah dan sangat berbaloi..Even pembungkus biskut tu pun beli kat Syarikat Bunga Reben Sdn Bhd..tapi yang kat dalam Ampang Point je..kata last minute punyer plan kan..nasib ade. Malam tu gigih lah siapkan goodies bag tu..nasib baik Bb balik rumah malam tu..so Mama dengan Bb dan si manis berdua tu gigih menyiapkan goodies bag..Memang semangat waja betol empat beranak siapkan goodies bag tersebut..Aku pukul 4.30 pagi baru tidur..itu pon ade yang tak siap lagi..tahun depan kalu ade rezeki lebih, kena siapkan awal-awal. 







Tadaa inilah rupa goodies bag yang kitorang gigih duk wat tu..

Tema dan Perhiasan..

Semua beli online je..mane ade masa nak wat semua ni..aku pun bukannya kreatif dan berseni orangnya..so bagi credit to Gifts Comel 4 U..memang senang berurusan dengan diorang..pilih pakej yang kita nak..diorang siapkan then email kat kita, if kita approved,so diorang akan bagi berapa charges kena bayar..pastu diorang post..as simple as that je..kerja diorang pun cantik dan memuaskan..So, Banner, Board + stand, scallop sticker and photo props semua order dengan diorang je..












Birthday Cake


Pada hari kejadian, ada dua kek yang dipotong. Kek pertama tentulah kek Qistina dan Sarra. Kek kedua pula bagi menyambut hari jadi Batan yang kebetulan jatuh pada bulan September jugak. Terlanjur sambut birthday anak-anak manis, kami celebrate lah sekali birthday Batan.

Kek anak-anak manis, aku order online dengan Lildaisy Cuppcakes II. Korang boleh refer fb diorang kalu nak cuci-cuci mata dan nak order. Boleh walk in jugak ke kedai diorang di Axis Atrium. Rasa kek dia memang sedap dan aku boleh katakan yang harganya pon sangat berpatutan. . Aku kenal owner kedai cake ni pon dari officemate aku, Nasrul sebab dia selalu
order cake and cupcakes kat situ. Lagi satu kek pon beli kat situ tapi flavour chocolate..Harap Batan suka chocolate cake...




Hiasan

Bila tiba hari kejadian, tiup belon, hias belon, ikat banner semua pekerja abahnya yang buat..Kita tinggal bagi arahan jer..best kan? Alhamdulillah senang sikit kerja..credit to pekerja Al Maida Restaurant, Kampung Baru yang rajin dan sangat membantu..

























Okeh, that's for persiapan punya part. Jap lagi kalau aku rajin, aku update pulak kisah di hari kejadian