Sunday, October 30, 2011

tiPs mEnangaNi aNAk

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Sunday, October 9, 2011

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi

Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru...
Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.
Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.
Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit.(Petua Shiha)
Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.
Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Saturday, October 8, 2011

wedding k mazila lagi..

hehe..ini lah gambar terpoyo sepanjang majlis k mazila..sila pejam mata seme..malu2..alamak blushing dah mama..saje nak mengimbau kenangan lampau ngan en suami..maklum lah dulu mase kahwin xde pelamin..ni yang duk sibuk nak tumpang duduk atas pelamin orang..

jangan salah paham tau seme..bukan niat nk conquer pelamin tu dari pengantin baru tapi diorang yang nk berdiri..biarlah..diorang pun dah lenguh duduk lame mase bersanding sebelum tu..















saje ke bawah kan sikit gambar2 ni..malu pulak kalu orang tengok
..tapi gatal nk upload kat blog jugak..

kalu korang nak tau itulah pengantin nya yang mama duk sebut2 sepanjang entry di bawah label wedding k mazila..nilah tuan punyer badan puan mazila kita and her husband,en.zul.yang pakai baju silver tu k pengantin barunya..yang baju merah tu dah tak pengantin baru lagi..

kepada pengantin baru..selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..wishing you all the best dalam melayari kehidupan berumah tangga ni..banyakkan bersabar dan bertolak ansur..ceewahh dah macam prof ezi plak bagi nasihat kat orang.."renung-renungkan dan selamat beramal"

untuk pengantin lame plak..jangan berangan nak naik pelamin lagi plak..hehe.semoga perkahwinan kiter pon kekal hingga ke akhir hayat



seronok en zaki dapat naik pelamin lagi yer..senyum sampai pejam2 mata..en zul plak masam je..macam marah je kitorang duduk kat pelamin dia..hehe.gurau2 je k






lagi sekitar majlis k mazila..










hehe..jangan x cayer..mama pon xnak lepaskan peluang bergambar kat pelamin.dh bergaya bagai xkan xnak bergambar..bile lagi kan..tunggu turn zura plak(ofismate jugak yang dijangka akan tamatkan zaman solonyer pada akhir tahun ni..wish you all the best zura..can't wait to see who that lucky guy)..


ketembaman mama terserlah..memang sekarang gemuk melampau..xtau camner nak kuruskan badan dah..huhu..bile abah nak belanja mama gi slim world or london weight management ni..huhu..


so korang2 layan jelah gambar2 di atas ni k..


ni saje nak mencuba menda baru..ok lah..so far ni lah hasilnyer..








sekitar wedding ceremony k mazila..

huhu..luv this pictures so much tapi si nasrul plak pakai t-shirt je..xmenepati tema betul lah..gambar atas tu bersama k.lin..depan k.lin tu k.watie.baru first time jupe.selama ni duk borak2 kat telefon je..tu pon sebab nak tanyer dia pasal prosedure tuk loan CIMB Bank..setelah sekian lamer beramah mesra kat telefon je..akhirnyer bersua muke jugak akhirnyer(ceewahh bahase poyo je..)

tak tau nape adik malu2 xnak pandang kamera..dia xbiase tengok kawan-kawan mama kot..segan:)



ni gambar anak2 kat pelamin kak mazila..tumpang bergambar ye akak..saje jer pakaikan diorang merah sebab nak sama tema ngan wedding kak mazila..plus i luv red so much..suke tengok gambar2 anak mase ni..





ni photo adik..adik zura izzati kacak yang snap dari belakang sebab dia geram tengok mata adik yang besar tu..adik kalu dah besar bace entry mama ni jangan kembang bontot plak bace ni..