Salam semua..
Dah lama tak update blog..takde maser. Kalu kat office mase lunch tak sempat sebab internet tersangat lah slow..Balik kerja dah penat melayan anak-anak..
Ari ni gagahkan jugak meng"update" blog..sempena menyambut kepulangan Baby daripada kem Permata Pintar, kitorang which means Maya and aku merancang untuk bawak Baby keluar jalan-jalan.Qistina dengan Sarra pun dah rindu kat kakak diorang tu..
So kitorang decide nak pergi ke KidZania..Sedikit panduan tuk kawan-kawan yang tak pernah ke sana dan bercadang nak pergi..tiket boleh dibeli secara ONLINE atau walk in. From my experience better walk in je sebab mase kitorang pergi tu ramai gler orang queue kat bahagian online ticket..Kalu rajin nak queue panjang-panjang xpelah..aku awal2 memang surrender..atau maybe mase kitorang pergi tu ari ahad plus dengan school holiday, tu yang ramai orang beli ticket online..tapi kalu walk in better sampai sana awal sebab session petang start from 4pm to 9pm..
Ni pic anak-anak kat kaunter ticket..kaunter ticket dia macam kaunter ticket air asia kt LCCT..Pekerja dia pun pakai baju sama macam pekerja sebenar kat kaunter AirAsia..Diorang memang intentionally wat macam tu..so bagi pengalaman kat anak-anak beli ticket flight then dapat boarding pass..pastu ade pemeriksaan kastam then bagi boarding pass kat kastam yang memang macam pekerja real kastam then sampai lah ke Kidzania..untuk further explanation korang boleh gi melawat website diorang kat
www.kidzania.com.my
Sedikit info untuk dikongsi bersama-entrance fee. Untuk TODDLER from 2-3 years fee dia RM35 each, untuk KIDS from 4-17 years pulak fees dia RM55 each. Kids below 8years old must be accompanied by parent or adult guardian at all time. Price untuk adult pulak RM55.
Pada pendapat aku price tersebut agak mahal. Kalu satu family sorang anak sahaja mungkin tak rase ape-ape tapi kalu ade 4-5 anak, memang terasa mahalnya sebab mase yang diperuntukkan untuk satu session adalah 5jam dan kat KidZania ada 99 jobs..Pada aku 5jam memang tak cukup tuk cover all jobs.. So you have to manage the time wisely since the entrance fee are pricey..Tapi kalu weekdays ade satu session je selama 7jam..
Pas dah bayar ticket, kiter kena queue tuk security tags pulak..ala-ala jam tangan Ben-10 gitu..
Perkara pertama yang wajib buat selepas dah masuk kt dalam KidZania ialah cashkan RM50 kidzos cheque kat CIMB Bank..Perlulah diingat setiap kerja or perkhidmatan yang dilakukan oleh anak-anak kita, they will get paid for it and gaji mereka akan ditolak untuk servis anak-anak dapat..For example kalu masuk salon, if anak kita jadi beautician kat salon tu, diorang akan dibayar gaji..tapi kalu diorang jadi customer kat salon tu, anak-anak akan bayar service diorang..see how interesting KidZania is..not only the exciting,fun and leasure kind of park but is is an activity theme park for kids..
tadaa nilah ticket dengan cheque CIMB Bank tu..setiap KIDS and TODDLERS dapat..mak-mak je tak dapat..
ni masa tengah queue nak scan security tags yang ala2 Ben-10 punya tu..Federal Office of Immigration KidZania..kat sini ade kaunter and kita kena scan wrist tag dan serahkan boarding pass..
ni lah tempat tukar RM50 kidzos cheque..tak sempat nak ambik gambar anak-anak sebab sarra nak dukung pulak masa tu:)
tadaa muka-muka happy dapat pegang duit..budak-budak zaman sekarang:)
tak ketinggalan mak-mak budak pun gembira dapat pegang duit..yelah zaman kitorang dulu tak de KidZania..pegang duit banyak pun mase main SAIDINA je..tu pon wat sendiri guna manila kad..hehe