Pening kepala bila anak enggan makan atau hanya nak makan makanan tertentu sahaja..Contoh Qistina,Ya Allah sangat lah susah nak makan..kadang-kadang ikut je kerenah dia, nak makan nasi taknak kuah, taknak sayur , taknak ikan, taknak ayam...ikut je..bagi je dia makan nasi tapi slow-slow pujuk dia suruh makan ayam sikit, ikan sikit..kadang-kadang risau sangat ntah cukup ntah tak zat yang dia perlukan untuk tumbesaran kalu gitu cara makannya..tapi kalu bagi spagetti..mushroom soup memang berdesup lah dia habiskan..tapi takkan ari2 nak bagi makan spagetti ngan mushroom soup..
tapi pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa kalau anak kurang makan tak bermakna anak kita kurus dan tak sihat.Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi memang bertubuh kecil tetapi bukanlah bermakna kanak-kanak tersebut kekurangan berat badan dan zat..Manakala kanak-kanak yang dilahirkan bertubuh agak besar menunjukkan yang mereka cukup zat makanan. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak tidak melambangkan tahap kesihatannya..Sebenarnya kuantiti makanan yang diambil oleh seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain adalah berbeza.
Sekiranya anak kita mempunyai banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat walaupun hanya makan sedikit dan bertubuh agak kecil..Tetapi jika berat badan anak tidak naik dan dia kelihatan tidak sihat, maka sesuatu perlu dilakukan.
Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal..Sebagai ibu bapa kita haruslah mengambil berat soal pemakanan anak-anak. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan oleh ibu bapa kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak kita,Nauzubillah bawalah berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan cara mengatasinya.
Jika anak enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang ceria..Pada masa yang sama pelbagaikan menu dan cara sajian mereka.. Tetapi harus diingat kepelbagaian menu masakan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesan tubuh dan perkembangan minda anak tidak terjejas. Apa yang penting walaupun kuantiti makanan yang diambil oleh anak sedikit tetapi ia mestilah berkhasiat..Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.
Panduan menggalakkan anak makan:-
a) Beri anak makan dalam keadaan yang tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia tak nak makan..
b) Sediakan sendiri makanan untuk anak dan bukan dibeli di restoren makanan segera atau kedai-kedai makan yang belum tentu tahap kebersihannya. Teng3x..memang sekarang tengah cuba untuk masak sendiri pas waktu kerja untuk anak-anak makan..Memang tersangat lah susah bagi aku sebab kadang-kadang rasa tak berbaloi masak. Yamg makan hanya untuk kami bertiga je kadang-kadang berdua ngan Qaisarra. Sah-sah abah diorang balik dari restoren dah tak makan..Tapi harus mencuba sebab practice makes perfect..kata omputih
c) Sesibuk mana pun korang, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan sebab anak-anak akan berselera kalu makan beramai-ramai.
d) Rehatkan anak daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan..
Done...
No comments:
Post a Comment