Friday, February 1, 2013

Perjalanan ke Lake Toba bermula..

Pas makan kitorang terus menuju ke Parapat di mana terletaknya Lake Toba..dalam 6-7jam jugak perjalanan dia.. Sakit tangan sebab sepanjang perjalanan tu duk riba qaisarra.. Alhamdulillah Qistina boleh je lena kat atas seat bas tu.. Kitorang 3 beranak conquer seat belakang.. Baby duk seat depan kitorang.. Walaupun naik bas tapi selesa sebab seorang conquer dua seats..tapi perjalanan dia memang mencabar, jalan nak ke sana punyer lah bersimpang siur. Kalah jalan nak pergi Genting Highland or Cameron Highland.. Dah lah banyak lori..Jalan pulak satu lane je. Berlubang-lubang pulak tu. Tawakal jelah.. Tapi menurut Pak Lalit walaupun jalan diorang macam tu tapi kadar kemalangan kat tempat diorang rendah.. Yang aku perasan diorang suka main hon tp tak lah senyaring hon kat Malaysia.. Diorang tak tekan hon panjang macam kat Malaysia. Sekejap je diorang tekan hon, jap lagi tekan lagi.. Tapi takde pulak orang jerit marah sebab asyik tekan hon..Tapi sebab tak biasa dengan keadaan macam tu, rasa macam rimas jugak lah asyik dengar bunyi hon je. Bila dah nak sampai Lake Toba aku tengok kat tepi-tepi jalan banyak pulak patung- patung perajurit diorang.. Tiba-tiba teringat kat Tugu Negara.. Pak Lalit cakap tempat yang ade tugu askar tu zaman dulu-dulu kat tempat tu pernah berlaku rusuhan atau reformasi.. Antaranya salah satu rusuhan yang tertangkap kat telinga aku ni , orang-orang peribumi Batak wat rusuhan untuk keluar dari negara Indonesia dan tubuhkan negara sendiri.. Boleh confirmkan dengan en Google since aku pun antara dengar dengan tak mase Pak Lalit bercerita ni.. Huhu.. Akhirnya setelah 7jam perjalanan, kami pun tiba lah kat Lake toba.. SubhanAllah tersangat lah cantik ciptaan Allah.. Memang kagum sangat tengok pemandangan kat Lake Toba ni..MasyaAllah..





Danau Toba adalah tasik ke-3 terbesar kat dunia.Menurut Pak Lalit,Danau Toba terbentuk hasil dari letusan gunung berapi. Kat tengah tasik air tawar terbesar di dunia ni terletak Pulau Samosir..Menurut Pak Lalit lagi penduduk Batak adalah penduduk asal Danau Toba sehingga kini..

Setelah sampai ke Danau Toba, kami menaiki bot menuju ke hotel kami iaitu Hotel Toledo 1. Perjalanan mengambil masa selama 45minit..Best giler pengalaman menyusuri tasik air tawar tersebut..Untuk pengetahuan, hotel kitorang betol-betol menghadap Danau Toba..tapi hotel kitorang agak buruk sikit..Hehe..Kitorang sampai kat hotel lebih kurang pukul 7petang..Terus dinner..Makanan kat hotel ni super sedap..pada lidah aku lah..










 Walaupun dah nak gelap plus dengan redup dan mendung sebab baru je lepas hujan tetap nak pose jugak..





Pose lagi sementara nak tunggu waiter and waitress hidangkan makanan..
Tadaa dah dapat kunci bilik..boleh lah nak baring-baring renggangkan otot dan pinggang jap..

No comments:

Post a Comment