Pagi hari ke-2, sepatutnya kol 6.30 aktiviti bersepeda( mengayuh basikal sambil ber'spender') ronda2 melihat kawasan bagi sesiapa yang berminat, tapi aku difahamkan yang aktiviti tu terpaksa dibatalkan sebab xde sambutan. Mungkin masing- masing tido kepenatan.. Dah lah sejuk giler.. Tapi Nana dengan K Nurul cakap malam tadi panas, diorang tak boleh nak tido, kol 4.30 pagi K Nurul bangun mandi sebab panas..Aku taknak pesongkan otak aku yang suci murni ni..betol kot mandi sebab panas.Hahaha tak tau lah kan.. Aku ok je. Siap selimut satu badan lagi.. Tapi bilik kitorang memang takde kipas, aircond apatah lagi. Sebab kawasan tu sejuk semulajadi katanyer.. Tapi bilik kitorang tu kat tempat tinggi.. Nak naik bilik memang boleh semput lh.. Banyak giler anak tangga..nak naik bilik macam nak gi mendaki bukit pulak..
Lupa pulak nak cerita aktiviti malam, pas solat Maghrib aku bawak Qistina dan Qaisarra ikut Zura, K Sura, Alia dan Linda pergi karaoke.. Tapi xabis satu lagu pon aku dah bosan, anak-anak pon xsuka, so kitorang balik lepak bilik je.. Dah lah semua lagu indon je.. Sound sistem dia pon tak best.. Balik tengok sinetron lagi best.. Kuikui.Baby pulak ikut anak-anak bos dan bos jalan-jalan ronda kawasan.
Selepas breakfast dan check out kitorang pon pakat-pakat bergambar sementara bot datang.. Mee goreng diorang sedap lah..x macam mee kt Malaysia.. Mee dia ala-ala mee lidi sikit.Breakfast kat hotel tu style buffet. Ade mee goreng, nasi goreng, toast bread and telur mata kerbau..
Inilah tangga menuju bilik kitorang..tapi jangan risau. Beg porter yang tolong wat naik kat bilik..Masa nak balik pon macam tu..Diorang tolong angkat sampai ke bot..Tapi harus ada upahnya..Masa diorang hantar beg kat bilik,Pak Lilit masa kitorang tengah dinner dah pesan suruh bagi tip sikit. IDR 1000.00 pun dah cukup..Tapi kalu convert baru RM0.31..macam tak sampai hati je..So aku bagi lah IDR 7000.00.tu pun rasa macam tak berbaloi, kesian kot nak angkat beg yang berat giler, nak mendaki tangga lagi.. tapi tu je duit kecik yang ada..
Qaisarra moody tak nak breakfast..Nak tengok air dulu..Bawak lah tengok air dulu.. Bergambar sikit pastu baru tak moody..boleh lah pergi breakfast..Nasib kakak tak moody..elok je breakfast..Risau jugak sebab bangun awal. Haruslah anak-anak moody sebab tak cukup tido..
Yea-yea budak gemuk ni sudah senyum..Mama pun tak tension lagi bila tengok dia dah senyum:)
Sesi bergambar beramai-ramai...
Dah selesai sesi bergambar, perjalanan di teruskan ke Kampung Tomok. Perjalanan memakan masa 15minit je. Kat Kampung Tomok tu ade kubur Batak King atau dikenali sebagai Raja Sidabutar.. Makam ni dianggap suci oleh oleh kaum Batak.Nak citer banyak pun tak boleh sebab aku tak ikut tengok makam Raja ni sebab Qaisarra demam. Takut jadi apa-apa susah pulak nanti. Yang aku tau kalu nak masuk kat sini kena pakai ulos atau selendang kat bahu sebagai tanda menghormati makam Raja diorang..tapi ulos ni free. Dengar nama Kaum Batak pon dah rase seram sejuk.. Weii makan orang kot diorang ni.. Sekali dia ngap wat BBQ ke abis lah kitorang.. Tapi tu dulu, sekarang diorang dah tak makan orang. dah..
Setelah sejam setengah shopping yang mane patut, kitorang pon kembali ke bot dan meneruskan perjalanan selama 45minit ke jeti di mana bas sudah sedia tuk bawak kami ke Medan.. Huhu. Bersedia tuk tempoh perjalanan 6jam lagi..Aduyai
Dalam perjalanan balik ke jeti, kami dihiburkan dengan nyanyian dua orang budak lelaki..aku agak budak-budak ni dari golongan kaum Batak..Tahap konfiden diorang memang sangat-sangat tinggi..siap dapat request lagi suruh nyanyi lagu poco-poco..tapi bukan free..harus ada upahnya..lame jugak lah diorang nyanyi..aku siap rakam video diorang tapi tak tau camne nak upload video tu...kesian tak..anak-anak aku suka benor dengar lagu nyanyian diorang..siap duk ulang-ulang lagi sampai aku rase dah boleh ikut dah lagu diorang tu..silap2 kalu aku g Danau Toba lagi...aku pulak boleh nyanyi lagu tu tuk tourist lain..hehe




















No comments:
Post a Comment